(VIDEO) ‘Semua Yang Hadir Perhimpunan Hendaklah Segera Hubungi Pejabat Kesihatan’ – Ketua Tabligh Masjid Sri Petaling

Pada 12 Mac lalu Kementerian Kesihatan Malaysia sedang giat mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan suatu perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac. Terbaru, satu video ucapan dari Ketua Kumpulan Tabligh Masjid Sri Petaling yang menggesa semua markaz yang terlibat dalam perhimpunan lalu untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Video yang dimuat naik menerusi Facebook Dr Adham Baba, itu dilaporkan untuk memujuk semua ahli tabligh agar orang lain tidak menjadi mangsa.

Dalam video tersebut, Ustaz Mansur Bin Ismail selaku Ketua Kumpulan Tabligh Masjid Sri Petaling memohon semua ahli tabligh yang menyertai perhimpunan baru-baru ini agar menyerah diri di saring jika bergejala atau suspek diri terkena kontak positif. Tambahnya lagi, pihak berkuasa ingin membantu dan bukan menghukum agar penyakit itu tidak tersebar ke orang lain.

Segala aktiviti dihentikan serta merta

Serah diri buat pemeriksaan kesihatan

Ketua kumpulan tabligh Masjid Sri Petaling tampil pujuk ahli untuk sukarela serah diri di saring jika bergejala atau suspect diri terkena kontak positif.Pihak berkuasa ingin membantu, bukannya ingin menghukum anda. Jangan mangsakan orang lain.

Posted by DR ADHAM BABA on Sunday, March 15, 2020

Selain itu, dia turut menggesa pucuk pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. Dia berharap agar semua ahli dapat laksanakan tanggujawab dengan bersungguh-sungguh. Di samping itu, segala aktiviti yang boleh menimbulkan kerisauan penularan wabak perlu dihentikan secara serta-merta.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit: OhBulan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*