Hilang Kerja Akibat COVlD-I9, Gadis Cantik Ini Cari Rezeki Angkat Smpah Dengan Bayaran RM1

Demi mencari rezeki halal, seorang gadis berpelajaran tinggi ini sanggup mengenepikan perasaan malu dengan melakukan pekerjaan yang pastinya bukan pilihan semua orang.

Meskipun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina namun gadis ini tidak malu menawarkan khidmat mengangkat smpah dengan bayaran RM1 selepas kehilangan pekerjaan sebagai pereka tudung.

Bagi gadis cantik ini, Wan Nur Elisa Adreena Wan Jusoh, 24, dia tidak malu demi mencari rezeki halal dan sanggup mengiklankan perkhidmatan itu khusus buat penduduk di Apartmen Cempaka Sari, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

” Saya baru tawarkan khidmat angkat smpah secara sambilan hasil inspirasi rakan saya yang membuat infak tepung pelita ketika Ramadan baru-baru ini.

” Rakan saya mula jual tepung pelita. Apabila ada pelanggan mahu infak dia akan beri kepada orang miskin, kaya, bukan Islam dan Islam.

” Jadi saya terfikir apa salahnya ambil peluang mencari pahala dan rezeki dalam masa sama.

” Sementara sedang mencari pekerjaan, saya terfikir menggunakan kesempatan ini dengan menawarkan khidmat mengutip smpah dari rumah ke rumah.

” Mungkin bayarannya kelihatan murah dan tidak berbaloi namun saya yakin ia mampu membantu orang ramai,” katanya.

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak itu berkata, dia baru mengiklankan perkhidmatan dua hari lalu dan hanya menawarkan khidmat kepada penghuni di pangsapuri didiaminya itu.

” Saya tidak bercadang menjadikan kerja ini sebagai kerjaya tetap. Ia hanya sambilan sementara menunggu peluang pekerjaan,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, dia bercadang mengangkat smpah di depan rumah dan pelanggan hanya perlu menghantar pesanan WhatsApp maklumat berkaitan nombor rumah, blok dan tingkat kediaman dihuni.

” Saya sendiri akan pergi mengutip smpah diletakkan di hadapan rumah mereka. Tetapi saya hanya hadkan dua bungkusan smpah bagi setiap kediaman.

” Saya hanya menerima smpah domestik dan tidak menguruskan pembuangan peralatan atau perabot besar berikutan pangsapuri ini tiada kemudahan lif.

” Saya hanya melakukan khidmat ini seorang diri buat masa ini dan pelanggan hanya perlu membayar RM1.

” Bagi saya khidmat angkat smpah berkenaan bukan untuk mencari duit semata-mata, tetapi sebagai usaha bersedekah dengan cara berbeza,” katanya.

ASIAKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*