Hilang Selama 42 Hari, Sehinggalah PoIis Datang Rumah Beritahu Dah Jumpa Myat. Misteri Akhirnya Terjawab

” Tiada kelakuan ganjil pada arwh, tetapi sebelum kehilangannya pada 13 Mac lalu, dia solat agak lama berbeza kebiasaan,” kata Nur Syafiqa Ahmad Alaudin.

Nur Syafiqa, 23, adalah kakak kepada Ahmad Farid, 19, yang may4tnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Nilai, pada 12 tengah hari semalam.

Mngsa yang dipercayai terbabit dalam kmIangan gagal dikesan selama 42 hari apabila keluar rumah sejak 10.30 malam 13 Mac lalu sehinggalah may4tnya ditemui, semalam.

Nur Syafiqa dari Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, Melaka berkata, ali terakhir dia melihat arwh pada 8.30 malam 13 Mac lalu.

” Pada malam itu, arwh ada minta izin daripada ibu dan ayah untuk menemui kawan sekerjanya di Tangkak dan mereka memberi keizinan kepada arwh.

” Arwh anak bongsu daripada lima beradik dan dia memberitahu untuk balik ke kampung asal di Bachang, Melaka kerana di sana ramai saudara mara.

” Bagaimanapun, kami tidak menyangka arwh dikatakan bertukar fikiran dan pergi ke Ampang, Kuala Lumpur untuk meraikan sambutan hari jadi seorang kawan sekolah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sangka arwh pulang ke kampung..

Nur Syafiqa yang juga anak keempat dalam keluarga itu berkata, keluarganya menyangka arwh balik ke kampung mereka di Bachang dan berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, pada 16 Mac lalu, ibu mereka ada menghubungi sepupu yang bekerja di tempat sama untuk mendapatkan maklumat lanjut selepas pihak syarikat memaklumkan Ahmad Farid tidak hadir bekerja.

jumpa myat di Highway

penemuan satu mayat lelaki di Kilometer 281.8 Plus arah utara dekat Nilai.

Posted by Kerengga TV on Monday, April 27, 2020

” Kami kemudian menghubungi rakan sekerjanya dari Tangkak yang memaklumkan arwh tiada di tempat kerja dan dia memberitahu mereka tidak berjumpa pada malam 13 Mac itu seperti dirancang.

” Daripada maklumat itu, kami mendapat tahu arwh pergi ke Ampang seorang diri dan dimaklumkan arwh bergerak pulang ke Melaka pada 3.30 pagi hari berkenaan,” katanya.

Nur Syafiqa berkata, pada mulanya, keluarga berusaha mengesan arwh di Hospital Ampang kerana ketika berita kehilangan arwh ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp, ramai kenalannya memberitahu arwh terbabit kmIangan.

Menurutnya, kakaknya iaitu Nur Syuhaida turut menghubungi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bertanyakan kemungkinan ada membuat pengecaman mngsa kmIangan tanpa identiti, tetapi gagal.

” Kami membuat membuat laporan mengenai kehilangan Ahmad Farid di Balai Polis Durian Tunggal pada 16 Mac sebelum ayah membuat laporan buat kali kedua di balai sama pada 22 Mac apabila usaha mengesannya tidak berhasil.

Misteri terjawab, anggota polis datang rumah

” Bagaimanapun misteri kehilangan adik saya akhirnya terjawab apabila anggota Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah pada 4 petang semalam bagi memaklumkan penemuan satu may4t lelaki di Kilometer 281.8 Plus arah utara dekat Nilai.

” Kemudian ahli keluarga menghubungi Balai Polis Nilai bagi mendapatkan pengesahan dan semua ahli keluarga terutama ayah dan ibu merasa sangat terkejut.

” Ahli keluarga berasa sedih dengan pemergian adik, namun reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Menurutnya, arwh ada meminta keluarganya membeli baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu disempurnakan keluarga serta arwh sempat menggunakan sekali baju berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, may4t mngsa yang sudah reput dan tinggal rangka ditemui di dalam longkang di lokasi kejadian.

Beliau berkata, turut ditemui satu beg galas dan terdapat satu beg pinggang warna hitam, bagaimanapun tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan mngsa.

Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*