Masa Live, DSVlda Mengamuk Lepas Rmai Ckap Dia Dan Shulb Tak Sepadan. Ini KataKata Dia

Sebelum ini jutawan k.osmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib.

Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum a.rwh Siti Sarah mening.gal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya.

Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu.

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.

Shuib Beritahu Tak Sesuai

Susulan kenyataan panas usahawan k.osmetik Dato’ Sri Vida yang mengatakan dia terima seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib, pelawak berkenaan tampil memberikan penjelasan.

Shuib mend.edahkan dia dan Vida hanyalah sekadar berkawan atas urusan perniagaan berasaskan makanan dan tidak lebih daripada itu. Malah, Vida bukanlah individu yang sedang dikenalinya buat masa ini.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain, tetapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

“Jadi, tidak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

Sementara saya mencari seseorang yangg sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” katanya.

Tambahnya lagi, dia enggan berbicara sangat mengenai jodoh dan hanya berserah kepadaNya.

Bagi Shuib, tidak kira siapa yang menjadi bakal isterinya kelak, yang penting wanita itu perlu mendapat  persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya.

Datuk Seri Vida Terangkan Maksud Sebenar Ciri Idaman

Sumber/Kredit: HM/FB via onlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*