Suami Sanggup Jalan Kaki 20km Dan Redah Banjir, Demi Mncari Bini Dia Yang Tersangkut Di Bus Stop

Sejak hujung minggu lalu, banyak jalan di Kuala Lumpur dan negeri Selangor ditutup akibat ditenggelami air berikutan taburan hujan yang tinggi. Bukan sahaja melambatkan proses penghantaran bantuan kepada mereka yang terjejas, malah orang awam juga berdepan kesukaran untuk berpindah atau bergerak ke lokasi lain.

Phone takda bateri, menangis stuck sorang-sorang di bus stop…tiba-tiba nampak suami datang

Itulah situasi yang turut dilalui oleh Andi Harliza yang tersangkut di sebuah perhentian bas di TTDI kelmarin. Keadaan malah tidak berpihak kepadanya apabila telefon pintarnya telah kehabisan bateri dan tiada powerbank ketika itu. Tatkala wanita tersebut nangis mengenangkan dugaan yang menimpa, namun tiba-tiba suaminya muncul berjalan kaki ke arah bus stop tersebut.

Rupanya dia memang jalan kaki 20km cari saya yang lost contact…I love you suami

Mereka singgah ke sebuah stesen minyak untuk urusan tandas dan mengalas perut terlebih dahulu, sebelum berjalan kaki sejauh 20km untuk pulang ke rumah di Sek. 11 Shah Alam. Selain melihat keadaan sekeliling yang masih dinaiki air, Andi Harliza dan suaminya malah terpaksa meredah banjir hingga ke paras pinggang. Tak cukup dengan itu, mereka turut menyampaikan informasi keadaan jalan tersebut kepada pengguna jalan raya lain yang tersangkut akibat kesesakan juga.

Video 1

https://www.tiktok.com/@gadislesungbatu/video/7043313981565586714?sender_device=pc&sender_web_id=7043999000055416321&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Video 2

https://www.tiktok.com/@gadislesungbatu/video/7043316700774698266?sender_device=pc&sender_web_id=7043999000055416321&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Bertuah dapat suami yang caring & bertanggungjawab…menangis tengok, tak boleh bayangkan kalau kena macam tu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan pengorbanan serta kasih sayang yang dipamerkan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Selain kagum dapat redah banjir dan jalan kaki jauh hanya memakai selipar sahaja, mereka turut memuji suami Andi Harliza kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan sangat baik.

 

Sumber/Kredit : TlkT0k gadislesungbatu via erin sakura

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*