Ibu Ini Sedar Dari K0ma Selepas 4 Bulan. Rupanya Ini Salah Satu Sebab Bagaimana Dia Boleh Tersedar Dari K0ma

Pertemuan kali pertama antara seorang ibu dengan anaknya selepas empat bulan ko ma akibat kom plikasi ketika bersalin, ternyata memberikan kesan positif terhadap kesihatan ibu.

Menerusi Kosmo, pertemuan antara Norfadilla dengan anaknya Muhamad Syahmi, yang dibuat secara langsung itu akan memberi kekuatan serta suntikan semangat buat dirinya untuk segera sembuh.

Mampu mengenali anaknya

Menurut Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Selasawati Ghazali, selepas pertemuan semalam, Norfadilla berjaya mengenali dan memahami anak sulungnya itu meskipun ianya kali pertama.

Sepanjang berada di Unit Rawatan Rapi (I C U), dia mendapat sokongan yang begitu kuat dari suami dan keluarga, malah setiap kali suaminya datang melawat, suaminya sentiasa menceritakan perkembangan anaknya serta menunjukkan gambar-gambar anaknya.

SALAH SATU SEBAB KENAPA IBU BOLEH BANGUN DARI K0Ma

Selain itu, gambar anaknya juga dilekatkan di dinding bilik ICU bagi memberi semangat kepadanya untuk bangkit kerana anaknya sedang menunggunya. Anaknya itu memberi semangat kepadanya dan sebab itulah buat pertama kalinya kita bawa dia untuk berjumpa anaknya secara terbuka.

Berpuas hati dengan perkembangannya

Alhamdulillah kita sangat berpuas hati dengan perkembangannya dan InsyaAllah, dia akan dipindahkan ke wad biasa jika terus menunjukkan kesembuhan.

Di samping itu juga,  petugas-petugas kita juga sentiasa membantu dalam memberikan motivasi serta semangat kepadanya.

Wanita itu ko ma selepas menjalani pembedahan semasa bersalin, kerana mengalami tekanan darah rendah dan degupan jantungnya berhenti selama 10 minit disebabkan oksigen tidak sampai ke otak.

Sumber: Kosmo via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*