Ibu Tunggal Ini Luah Rasa Sebak Kerana Jakel Dib0ik0t, Risau Akan Hilang Sumber Pendapatan

Isu kontr0versi tentang salah sebuah gedung pakaian terkemuka Jakel masih lagi menjadi buah mulut Netizen. Walaupun sudah beberapa kali pihak Jakel sama ada Muzaffar atau pun Dato’ Faroz membuat permohonan maaf dan memberi penjelasan tentang apa yang berlaku tetapi netizen masih tidak mahu melupakan dan ada juga yang masih melaungkan kata-kata untuk memb0ikot Jakel.

Terdahulu Dato’ Faroz menjelaskan bahawa, jika perniagaannya jatuh tidak mustahil beliau terp4ksa mengurangkan bilangan pekerja yang sememangnya dari golongan orang Melayu sendiri. Malah kebanyakannya merupakan ibu-ibu tunggal yang mencari rezeki bekerja di Jakel.

Susulan itu, seorang Youtuber menggunakan akaun Bang Kuchai telah menemuramah seorang pekerja di Jakel. Melalui perjumpaan tersebut wanita yang bernama Roslinda Yahya tidak dapat menahan rasa sebak apabila ramai netizen yang menghent4m Jakel yang akhirnya akan memberi kesan kepada para pekerja sepertinya. Roslinda telah bekerja di Jakel selama 14 tahun dan menurutnya memang di Jakel terdapat ramai pekerja wanita ibu tunggal yang senasib dengannya.

Menceritakan pula tentang sifat majikan mereka sebelum ini didakwa oleh sesetengah individu dengan macam-macam benda negatif, jelasnya majikannya bukanlah seperti yang netizen sangkakan. Malah majikannya seorang yang tegas dalam masa yang sama melayan semua pekerja bagaikan adik beradik. Walau bagaimanapun dia tidak mahu memberikan sebarang komen tentang Muzaffar kerana tidak mengenalinya dengan rapat.

Perkongsian yang dibuat mendapat pelbagai komen dan reaksi dari netizen. ada yang menyokong ada juga sebaliknya. Apa-apa pun berbaliklah kita dengan tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Nii la pepatah selalu menyebut kerana nila setitik rosak susu sebelanga..mungkin dia xpnh dgr pepatah nii..so sekarang dah bole belajar dan amik iktibar..

Alahai jangan guna air mata kak. Hidup kena kuat dan tabah! Ramai lagi susah dr akak,, saya doakan akak murah rezki.

Terang2 dah bagi tahu tahun ni raya kat rumah jer tak da kunjung mengunjung.. So mana yang betul2 mampu yang p beli baju.. Yang cukup2 makan maybe pakai baju lama jer.. Buat pe nak membazir… Bersyukur apa yang ada…..

Mmg betul rezeki di mana sahaja dlm dunia ni….Allah mmg bagi banyak cara tuk kita cari rezeki…..tapi pe pulak hukumnya tuk org yg cuba tutup rezeki org….so pikir2 la korg….so pada org nk beli brg kat jakel pergi la tp pada yg taknak tu smue hak korg.

Siapa Yang nak belaja pakaian hari Raya tahun ni. Kerana covid-19 tiada Raya untuk tahun ni. Duit diperlukan untuk makanan dan Yang lain-lain.

Rezeki tu datangnya dr Allah swt. Oleh itu mohonlah pada Allah swt supaya rezeki tu dipermudahkan sampai pd kita dengan cara yang halal dan diberkati.

Bagi pendapat kami orang tak datang ni bukan sebab b0ikot tetapi lebih kepada PKP yang sedang berlangsung di mana ramai yang masih takut untuk keluar tambah pula tahun ini tak boleh balik ke kampung kan.

Jom Kita Tonton Video Dibawah Ini :

FIGURAKU.COM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*