Ibu Tunggal Ini Terkejut Bila Dapat Tahu Anak Zahid Hamidi Tak ‘Dilayan’ Sama Seperti Dia. Luahan Sedih Ibu Ini Mengundang Sebak

Seorang ibu tunggal yang sebelum ini dipnjara atas kesalahan melnggar perintah kawalan pergerakan (PKP) mempertikai keputusan mahkamah yang mengenakan dnda RM800 ke atas anak dan menantu bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi atas kesalahan sama.

B Lisa Christina, yang dikenakan hkuman dnda maksimum RM1,000 bagi menggantikan hkuman pnjara 30 hari mempersoalkan kemungkinan wujud keputusan berat sebelah apabila membabitkan Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan Saiful Nizam Mohd Yusoff dikenakan denda lebih rendah.

“ Semasa saya dipnjara selama 8 hari, perasaan saya hncur berkecai kerana tidak dapat melihat anak dan berasa sangat malu. Saya juga terpaksa meminjam wang daripada emak sebanyak RM1,000 untuk membayar dnda.

“ Hari ini, saya baca anak Zahid hanya diberikan dnda RM800 atas kesalahan yang lebih besar dan tidak ada hkuman pnjara dikenakan terhadapnya.

“ Adakah saya rakyat kelas kedua di negara ini? Kenapa wujud tindakan berat sebelah? Saya perlukan penjelasan berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Lisa, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, dihantar ke penjara Kajang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dia yang tinggal di tingkat 5 sebuah unit apartment keluar membeli sepeket minuman di sebuah kedai berhampiran dan berhenti untuk berbual seketika bersama 3 individu lain sebelum pulang ke rumah, ketika itulah dia ditahan poIis.

Tempoh penjaranya ditukar dengan denda selepas hakim mengambil kira kesalahan yang dilakukannya itu merupakan kesalahan pertama dan diperintah dipenjara selama 8 hari.

Individu yang melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jngkitan) boleh didenda maksimum RM1,000, penjara hingga 6 bulan atau kedua-duanya.

Nurul dan suaminya didenda sebanyak RM800 ringgit selepas mengaku salah atas kesalahan melanggar PKP

Isu ini timbul selepas Nurul memuat naik gambar mereka bersama Timbalan Menteri Alam Sekitar, Ahmas Masrizal Muhammad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Instagram pada 20 Apr.

Mereka dkriitik kerana melanggar PKP, yang mula dilaksanakan pada 18 Mac bagi mengekang penularan wbak Covid-19.

Timbalan pendakwa raya Nur Ashikin Mokhtar berkata, kesalahan itu berlaku ketika fasa ke-3 PKP dan meminta mahkamah menjatuhkan hkuman lebih berat termasuk hkuman pnjara.

FMT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*