Idris Harun dilantik Sebagai Peguam Negara Yang Baharu

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Idrus dilantik bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

“ Selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan terhadap pelantikan itu,” katanya.

Menurutnya, Seri Paduka juga memperkenankan permohonan Tommy untuk memendekkan perkhidmatannya berkuat kuasa 28 Februari lalu selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan

“ Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : cempedakcheese

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*