Iklan Masakan Babii Dalam Majalah MAS Airline Dikecam

‘MAS kita kena jaga kehormatan negara’

SHAH ALAM – Sebagai peneraju syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines Bhd (MAS) perlu cakna dan prihatin terhadap sensitiviti negara.

Bekas Pengarah Urusan MAS , Tan Sri Abd Aziz Abdul Rahman berkata, oleh itu insiden promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu, Going Places keluaran Januari 2019 disifatkannya sebagai tidak wajar kerana MAS membawa imej kebangsaan.

“Kita sebagai jenama nasional, kalau syarikat lain tak apa. Ini sebagai jenama negara, kita hendaklah jaga kehormatan negara dari segi undang-undang dan sebagainya jadi kita ini negara Islam itu tidak membawa imej negara Islam sebagai agama rasmi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas iklan hidangan babi yang disiarkan dalam ruangan Restaurant Openings dalam majalah yang diterbitkan MAS, Going Places keluaran Januari 2019. Sumber Artikel: Sinar Harian

Iklan masakan babi: MAS perlu prihatin sensitiviti umat Islam

tular media promosi makanan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membantah promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd. (MAS), Going Places keluaran Januari 2019.

Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Perkasa, Dr. Amini Amir Abdullah berkata, iklan yang disiarkan dalam ruangan Restaurant Openings itu jelas menyentuh sensitiviti umat Islam yang merupakan pelanggan MAS yang utama.

“Apakah MAS yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan?

“Pihak MAS perlu prihatin dan peka dengan sensitiviti umat Islam, paparan gambar daging steak babi dalam iklan tersebut amatlah menggusarkan umat Islam. Apakah tiada lagi makanan lain yang boleh diiklankan?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, jelas Dr. Amini Amir, MAS perlu meminta maaf kepada umat Islam dan perlu memastikan perkara tersebut tidak lagi berulang.

Sumber Artikel: Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*