Kalau Ikutkan Joe Pada Hari Perkahwinan, Dia Mahu Nikah Dalam Masjid Saja. Tetapi…

Rapper popular, Joe Flizzow mengumumkan dia akan menamatkan zaman bujangnya pada awal April tahun ini.

Menurut Joe, dia hanya bersedia dari segi ment4l dan menyerahkan urusan persediaan majlis kepada ibunya, Aishah Ali.

“ Saya hanya bersedia dari seg1 ment4l, untuk persediaan majlis, saya lebih selesa untuk menyerahkannya kepada ibu saya memandangkan dia sangat teruja untuk mengadakan majlis perkahwinan saya.

“ Kami memilih Dewan Perdana Felda sebagai lokasi majlis kerana ia mampu memuatkan lebih 1000 orang, kami harus mengundang ramai tetamu kerana kawan-kawan ibu saya pun lebih ramai dari kawan saya sendiri,” seloroh Joe.

Image result for joe flizzow tunang"

Joe berkata demikian ketika ditemui di sidang media Nusa Fest bertempat di Alila Bangsar, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ditanya soal konsep perkahwinan impian, Joe mengatakan dia lebih gemar untuk mengadakan majlis serba sederhana.

“ Kalau ikutkan saya, impian saya hanya mahu kahwin dalam masjid, saya suka sederhana sahaja. Tapi saya ikut kehendak ibu saya yang mahu ajak orang ramai.

“ Memandangkan saudara mara pun tumpang gembira, maka eloklah kami adakan satu majlis yang boleh kedua-dua belah keluarga berkumpul,” tambahnya.

Difahamkan, upacara akad nikah juga akan diadakan di hari dan lokasi yang sama.

Maklumat lanjut mengenai majlis itu akan dihebahkan oleh pihak pengurusan Joe tidak lama lagi.

Terdahulu, Joe telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan pada 28 Disember 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*