Ingatkan Dah Setel, Sharnaaz Ahmad Sekali Lagi Tak Puas Hati Kerana Kedai Masih Tidak Siap

Seperti yang ramai sudah tahu, Shuib Sepahtu bukan sahaja seorang pelawak tetapi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dengan membangunkan perniagaan air minuman yang dipanggil Bubble Bee, beliau dapat mencipta satu fenomena yang setanding dengan air minuman boba dari luar negara.

Sebelum ini tular di media sosial dimana pelakon Sharnaaz Ahmad telah naik ‘minyak’ di salah satu bakal cawangan terbaru Bubble Bee. Restoren minuman viral tersebut telah dibangunkan oleh Shuib.

Salah satu cawangan Bubble Bee beliau akan dikendalikan oleh rakan baik beliau iaitu Sharnaaz Ahmad. Hari ini Shuib telah memuat naik satu video dimana dia dan Sharnaaz Ahmad telah ke tapak kedai Bubble Bee yang sedang direnovasi.

Pada asalnya Shuib seperti biasa ingin membuat VLOG tetapi apa yang berlaku seperti tidak dirancang.

Menurut video tersebut, restoren tersebut sepatutnya disiapkan pada 1hb June tetapi terpaksa ditangguhkan kerana PKP. Tarikh baru adalah 1hb Julai 2020.

Sharnaaz Ahmad seperti tidak yakin dan sering kali mempersoalkan Shuib adakah sempat restoren tersebut siap. Berulang kali Shuib menjawab bahawa akan sempat siap dan operasi pada 1hb Julai 2020 tetapi Sharnaaz tetapi tidak mahu percaya.

Sharnaaz Naik Angin Lagi

Untuk kali kedua, Sharnaaz Ahmad tetap tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Walaupun diberitahu perkara yang sama bahawa Bubble Bee akan dibuka pada 1hb July dia masih tidak percaya.

Sharnaaz makin tidak berpuas hati apabila dia adalah antara yang terawal dalam francais Bubble Bee tetapi restoren beliau lambat siap manakala cawangan Bubble Bee yang lain dapat disiapkan dengan cepat.

Berlakon Ke Betul Betul Marah?

Ramai netizen memberitahu bahawa ini semua lakonan antara Shuib dan Sharnaaz Ahmad untuk mempromosikan cawangan terbaru Bubble Bee.

Ketika dalam rakaman video tersebut nampak reaksi mereka seperti bukan berlakon tapi kita mana tahu kan. Nama pun pelakon.

Jom layan video:

Artikel Kredit Dari Awattt Syeikhhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*