Ingatkan Sajat Telah Dibawa Keluar Mekah Tetapi Sajat Muat Naik 2 Video Dia Menangis Dan Ini Bukti Dia Masih Ada Di Sana

3 hari lepas satu maklumat yang diterima oleh Agensi Umrah mengatakan Sajat akan disuruh keluar dari Mekah dan mengerjakan umrah sekiranya masih berpakaian seperti wanita.

Ia susulan kontroversi usahawan kosmetik itu mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan terbabit selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

Albayt Travel turut meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air, susulan kekecohan dan kecaman terhadap video yang dimuat naiknya ke media sosial, baru-baru ini.

“ Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah.

“ Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah. Perbincangan lebih banyak menerusi pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

WALAUPUN mencetuskan kontroversi kerana berpenampilan wanita ketika mengerjakan ibadat umrah di Makkah serta bertubi-tubi dikecam masyarakat, usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat tetap tenang menjalani ibadat sepanjang di sana.

Dalam video pendek yang dikongsi di Instagram semalam, Sajat turut mengambil kesempatan melakukan amal jariah apabila bersedekah makanan kepada masyarakat di sana.

“ Fi Sabilillah Sadaqah Jariah di Kota Makkah. Saya tenang di sini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini. Jika banyak lagi masa, hari-hari saya nak bagi macam ni, Insya-Allah,”

katanya yang mengimpikan untuk terus berada di situ dan sentiasa melakukan amalan bersedekah.

Bagaimanapun, Sajat yang masih kekal dengan penampilannya berjubah dan mengenakan tudung hitam terus menerus menerima kecaman masyarakat.

Rata-rata mereka mengecam penampilannya serta mengambil perhatian terhadap teguran-teguran yang diberikan.

Ada yang mempertikaikan soal muhrimnya apabila dihimpit golongan wanita. Tidak kurang juga memintanya supaya dia merendahkan ego dan kembali ke pangkal jalan.

SAJAT MASIH BERADA DI MEKAH SEBENARNYA

Banyak portal berita mengatakan Sajat telah keluar tetapi bila dilihat di Instagram Sajat, masih ada lagi posting terbaru seperti dia tidak pernah keluar. Jadi adakah kenyataan daripada agensi umrah tersebut tidak benar?

Sajat telah memuat naik 1 video di Instagram Story hari ini menunjukkan dia berada di Mekah dan sedang mencium Kaabah.

Adakah ini video lama atau video terbaru?

“ Mereka ada kuasa untuk ambil tindakan” – Gobind Singh Kata SKMM Boleh Ambil Tindakan Terhadap Laman Sosial Nur Sajat

Baru-baru ni, boleh dikatakan nama usahawan terkenal Nur Sajat terus-menerus diperkatakan oleh rakyat Malaysia apabila dia mengambil keputusan untuk memakai telekung semasa berada di Mekah.

Ramai pihak yang kurang senang melihat tindakannya itu kerana mereka beranggapan ia tidak sepatutnya berlaku.

Ada juga pihak yang mencadangkan supaya laman media sosial usahawan itu ditutup kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan negatif kepada umum.

Sehingga kini laman media sosial usahawan itu masih lagi aktif digunakan olehnya. Sajat juga mempunyai 1.4 juta pengikut di laman Instagram.

“ Itu terserah kepada pihak berkuasa berkaitan khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” Kata Gobind Singh Deo

“ Perkara ini (isu Sajat) sudah dibangkitkan semalam dan ia di bawah bidang kuasa mereka (SKMM dan polis) kerana mereka adalah badan penguatkuasaan.

“ Bagi kami, (KKMM) ialah hormati semua badan agensi penguatkuasaan termasuk SKMM kerana ia adalah badan pengawal dan ada undang-undang ditetapkan.

“ Biar agensi berkenaan buat keputusan dan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu kerana mereka yang menerima laporan dan tahu status mengenainya, tambahan pula perkara itu adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.

Menurut Harian Metro, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengetahui mengenai isu yang sedang hangat pada waktu ini.

Namun begitu, menurut Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis bagi mengambil tindakan.

Gobind berkata, kedua-dua agensi dan pihak berkuasa terbabit mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap laman media sosial usahawan tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Sajat IG / Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*