Ini Doa Azmin Ali Ketika Beliau Di Depan Kaabah

Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendoakan kesihatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed dan keamanan negara ketika melakukan umrah di Makkah.

“Saya mendoakan Malaysia agar terus aman, makmur dan kukuh di bawah pentadbiran dan kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri.

“Di hadapan Kaabah, saya juga mendoakan agar Mahathir diberikan kesihatan dan kekuatan untuk memimpin negara dan ummah,” katanya melalui Twitter hari ini.

Mohamed Azmin juga memaklumkan bahawa beliau dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Mohamed Azmin melakukan umrah selepas lawatan kerja tiga hari di Arab Saudi.

Ketika lawatannya, Mohamed Azmin sempat berjumpa rakan sejawatnya, Mohammed Al-Tuwaijri bagi membincangkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Anggota parlimen Gombak itu juga sempat melawat Saudi Aramco, iaitu syarikat minyak negara berkenaan.

Sumber Artikel: Malaysia Kini

Notakaki: Semoga doa untuk Malaysia aman makmur termakbul. Mari kita doakan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia juga. Terlalu banyak perkara sedih berlaku pada tahun 2018. – KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*