
KUALA LUMPUR: “Terkorbannya seorang wira demi negaranya…” Itu antara luahan rakyat Malaysia di media sosial susulan berita kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Muhammad Adib disahkan meniinggal dunia pada pukul 9.41 Isnin malam di Institut Jantung Negara (IJN).
Netizen yang sebelum ini menyampaikan doa kesihatan buat anggota bomba berusia 24 tahun itu, kini diselubungi kesedihan. Ucapan takziah kini membanjiri media sosial.
Rata-rata netizen mengelar Muhammad Adib sebagai seorang wira negara kerana terkorban selepas dipukul teruk ketika melakukan tugas berkaitan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, bulan lalu.
“Terkoorbannya seorang wira demi negaranya, beliau Muhammad Adib telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga beliau ditempatkan bersama orang soleh dan beriman. Alfatiha hadiah buat beliau,” tweet seorang pengguna Twitter, Aliff Shanusi.
Terkorbannya seorang wira demi negaranya, beliau Muhammad Adib telah kembali kerahmatullah Sebentar tadi 9.41 malam.
Semoga beliau ditempatkan bersama Orang soleh dan beriman.
Alfatiha hadiah buat beliau.#UnsungHero#bombaMalaysia pic.twitter.com/aHjcJTeKiz
— AliffShanusi (@aliffshanusi) December 17, 2018
“Alfatihah untuk arwah Muhammad Adib.. walaupun tidak pernah mengenali beliau tetapi berita yang menimpa beliau sangat mnyentuh perasaan semua rakyat Malaysia.. semoga tenang di sana,” tweet seorang pengguna, @husnasona.
Alfatihah untuk arwah Muhammad Adib.. walaupon tak pernah mengenali beliau tetapi berita yang menimpa beliau sangat mnyentuh perasaan semua rakyat Malaysia.. semoga tenang di sana
— 💗 댄아 💗 (@husnasona) December 17, 2018
“Ya Allah sedih sangat dengar berita pemergian saudara Mohd Adib. I believe, this is not what we want. Saya harap pelaku mengaku kesalahan ini, may justice prevail,” tweet seorang lagi pengguna, Leena.
Ya Allah sedih sgt dengar berita pemergian saudara Mohd Adib. I believe, this is not what we want. I hope pelaku mengaku kesalahan ni, may justice prevail
— Leena (@fdlnwt9_) December 17, 2018
“Perginya seorang wira. Takziah buat keluarga saudara Adib.”
Perginya seorang wira. Takziah buat keluarga saudara Adib serta rakan taulan.
— PU ng kok🔴⚪⚫ (@Ammarrrggghhh) December 17, 2018
Netizen juga menyeru pihak berkuasa untuk mencari pelaku dan menjatuhkan huukuman yang setimpal ke atas mereka.
Harap si pelaku terhadap muhammad adib akan dikenakan hukuman setimpal
— kekanda stoner (@StonerKhairul) December 17, 2018
It has been so long Adib. May your soul rest in peace. Alfatihah.
May your killer get punished for what they have done to you. #Adib #NationalHero
— A L F F H Z Q (@aliffhaziqq) December 17, 2018
Ya Allah, tempatkan Perwira Adib bersama orang beriman – Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendoakan agar Muhammad Adib Mohd Kassim ditempatkan bersama orang yang beriman.
“Ya Allah, tempatkan lah pewira Adib bersama orang orang yang beriman.Berikan lah keluarga Adib kesabaran untuk menempuhi cabaran ini,” tulis Syed Saddiq di laman Twitternya.
Muhammad Adib, anggota Bomba yang paarah dipuukul ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu meniinggal dunia kira-kira pukul 9.41 Isnin malam
Ya Allah, tempatkan lah pewira Adib bersama orang orang yang beriman.
Berikan lah keluarga Adib kesabaran untuk menempuhi cabaran ini. https://t.co/hLd0WPjH8q— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 17, 2018
Muhammad Adib, anggota Bomba yang parah dipuukul ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu meniinggal dunia kira-kira pukul 9.41 Isnin malam.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di Institut Jantung Negara (IJN).
Sumber : Astro Awani
Edited By KL Viral
Leave a Reply