Ini Hasil Nukilan Mufti Perlis Untuk Allahyarham Muhammad Adib Gambaran Luahan Hari Sedih Satu Malaysia Atas Pemergian Arw4h

SHAH ALAM – Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menukilkan sebuah puisi bagi mengambarkan hari sedih se Malaysia, susulan pemergian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, malam semalam.

Menulis puisi berjudul ‘Hari ini bumiku menangis’ Dr Asri mendedikasikannya buat perjuangan Muhammad Adib yang tegar memberi khidmat bakti buat anak bangsa meskipun pengorbanannya akhirnya meragut nyawanya sendiri.

Tulis Dr Asri, Muhammad Adib pergi dek kerana golongan yang tidak tahu bersyukur, menghasut ke arah kerosakan.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.

Berikut merupakan nukilan Dr Asri.

‘Hari ini bumiku menangis’

Hari ini airmataku menitis,

Bumiku juga turut menangis,

Pada peristiwa yang trajis,

Pada darah dia yang merenjis.

Orang-orang yang bangsat,

yang tidak tahu hormat,

membunuh insan yang berkhidmat,

tanpa alasan melainkan jahat.

Sebalik mereka ada lidah penghasut,

api permusuhan disembur disebut,

segala pembohongan diangkut disangkut,

kononnya di sini mereka hidup, merempat melukut.

Setelah ditabur baik budi,

diberi ruang berkongsi bumi,

tidaklah pula tahu hargai,

apakah itu jasa dan bakti.

Kita ingin hidup damai dan aman,

sama berkongsi pemberian Tuhan,

tapi, mesti ada adab ada sempadan,

itulah kehidupan seorang insan.

Namun..

jika cacing naik ke mata,

yang dicari hanya sengketa,

maka kasarlah yang diminta,

bangkit amarah bangkit segala.

Tiada penawar bagi pengkhianat,

bawalah mereka khalayak rakyat,

hukum dan undang mesti diangkat,

jika pertiwi mahu harmoni selamat,

perosak kedamaian mesti ditamat.

Perjalanan Terakhir Anggota Adib Yang Bukan Biasa Biasa. Ini Yang Terjadi Sebelum Dia Pulang Ke Kampung Halaman

SUBANG: Setelah bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) selama tiga minggu, kini tiba masanya untuk wira kesayangan negara Muhammad Adib Mohd Kassim pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Namun, kali ini kepulangannya berbeza daripada yang sebelumnya. Kerana, hanya jasadnya yang terletak di dalam keranda berbalutkan Jalur Gemilang, tanda tewasnya seorang perwira negara.

Perjalanan terakhir wira ini bukan biasa-biasa. Menerima penghormatan terakhir dari pegawai kanan serta rakan seperjuangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bahkan lebih luar biasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Sr Siti Hasmah Ali sendiri hadir ke Pangkalan Udara JBPM Subang untuk sama-sama menghantar Muhammad Adib menaiki Helikopter Mi17-IV.

Mohd Kassim (kanan) kelihatan tenang mengiringi keranda jenazah di dalam helikopter. Astro AWANI/FIRDAUS AZIL

Mohd Kassim (kanan) kelihatan tenang mengiringi keranda jenazah di dalam helikopter. 

Sedang di atas helikopter, cebisan ini ditulis, sambil mata ini menyaksikan sendiri ketenangan yang tertera di wajah ayahnya, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Biarpun jasad anak kesayangannya di depan mata, Mohd Kassim hanya termenung memerhati keranda berbalutkan bendera Malaysia.

Mata ini juga menyaksikan tunang Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, memeluk erat beg sandangnya sambil turut merenung keranda di depan mata.

Nurul Najihah (kanan) menahan airmata sambil mengiringi perjalanan arwah tunangnya pulang ke kampung halaman. Astro AWANI/FIRDAUS AZIL

Nurul Najihah (kanan) menahan airmata sambil mengiringi perjalanan arwah tunangnya pulang ke kampung halaman. 

Muhammad Adib dan Nurul Najihah merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, 22 Disember ini.

Kepedihan dan kesedihan mereka barang kali tiada siapa mampu menduga.

Perjalanan ini, menurut pegawai bomba yang mengiringi, akan memakan masa kira-kira 1 jam 45 minit sebelum mendarat di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah.

Difahamkan, Muhammad Adib akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Tebengau sebelum Zohor.

Sumber Artikel : Astro Awani

Lagi gambar perjalanan terakhir anggota bomba Adib. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Innallilah ..

JENAZAH Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diterbangkan menaiki helikopter ke kampung Tebengau, Kuala Kedah daripada…

Posted by Berita Harian Online on Monday, December 17, 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*