Ini Kata Kata Terakhir Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan

Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini menyatakan telah membuat yang terbaik ketika menerajui kementerian itu sepanjang 20 bulan yang lalu.

Tambahnya, beliau amat bertuah kerana mendapat kerjasama yang baik daripada semua warga Kementerian Pengangkutan.

Katanya lagi, beliau turut menasihatkan warga kementerian supaya terus bekerja dan menghormati keputusan Yang Di-Pertuan Agong atas perlantikan perdana menteri yang baru.

Sebelum itu beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan kementerian itu kerana menganjurkan majlis penghargaan buatnya pagi ini.

Banyak sebenarnya jasa yang dibuat oleh bekas menteri pengangkutan Anthony Loke untuk Malaysia.

Semoga dipermudahkan urusan Anthony Loke selepas ini.

Sumber: Bharian Online

Anthony harap pengganti utamakan projek RTS, pindaan undang-undang tangani pemandu mabuk

Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini berharap penggantinya selepas ini akan memberi keutamaan kepada beberapa perancangan kementerian itu sebelum ini.

Yang harus diutamakan adalah projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang perlu diselesaikan dengan kerajaan Singapura sebelum akhir bulan April.

Selain itu, beliau berharap pindaan undang-undang terhadap hukuman kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dapat diteruskan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Mkini

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*