Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula. Ini Kenyataan Dari DG Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya kes baru Covid-19 kekal rendah sehingga 9 Jun, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menunggu sehingga minggu pertama Jun sebelum membuat sebarang keputusan bagi meneliti kesan akibat sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

“Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah, atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” katanya dalam sidang media harian berkaitan wbak itu di Putrajaya petang ini.

Justeru beliau menegaskan disiplin dan kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh KKM sangat penting untuk mencapai sasaran.

“Kita percaya jika kita dapat melakukannya, kita dapat menurunkan jumlah kes (lebih rendah).

“Mungkin pada minggu pertama bulan Jun, kita akan melihat apakah musim perayaan ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini boleh dibenarkan beroperasi semula jika Malaysia terus mencatat jumlah kes Covid-19 yang rendah sehingga 9 Jun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka perlu menunggu sehingga minggu pertama bulan Jun sebelum membuat keputusan untuk membuka lebih banyak sektor bagi memantau kesan daripada perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Malaysia KINI / rentas asia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*