
SLIM RIVER: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akui berlaku salah faham apabila seorang pengundi yang memakai seluar pendek dilarang memasuki pusat mengundi, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mengikut peraturan pilihan raya, hanya individu yang memakai pakaian parti bertanding saja dilarang, selain pemakaian menjolok mata.
āMungkin ada sikit salah faham, kalau ikutkan tiada masalah. Boleh (pakai seluar pendek), cuma ada yang tak boleh berpakaian parti, mencolok mata. Seluar pendek masih dibenarkan.
āKita harap pengundi ini boleh datang semula mengundi⦠janganlah merajuk,ā katanya pada sidang media selepas meninjau pusat daerah mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Aminudin Baki di sini, hari ini.
Pagi tadi, sedikit kecoh di SK Aminudin Baki selepas polis tidak membenarkan seorang pengundi masuk ke pusat mengundi atas alasan memakai seluar pendek, namun individu berkenaan akhirnya datang semula mengundi selepas dipujuk ejen parti.
Orang awam beratur untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Trolak Pekan.
Beliau berkata, setakat tinjauannya hari ini, tidak ada aktiviti merayu undi dilakukan parti dan penyokong calon yang bertanding.
Katanya, tindakan itu adalah salah di bawah peraturan pilihan raya memandangkan tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) sudah pun tamat jam 12 malam tadi.
āMasa untuk berkempen sudah berlalu. Tidak sepatutnya ada (kempen merayu undi). Di peringkat SPR kita memang tidak galakkan. Memang tak boleh. Cuma, kadang-kadang dia (parti) buka khemah untuk tujuan memberi kemudahan kepada petugas terbabit. Ini tiada masalah.
āSaya tengok di sini keadaan aman. Tidak ada peraih pun. Kalau yang sebelum ini, kita nak masuk (pusat mengundi) pun susah. Kali ini tiada.
āDua tiga lokasi yang saya kunjungi, tidak nampak ini, mungkin mereka rasa ini tidak ada keperluan (adakan aktiviti merayu undi),ā katanya.
Beliau juga menyifatkan langkah itu satu yang positif dan menunjukkan kesedaran penyokong calon yang bertanding.
Sumber :Ā BHARIAN ONLINE
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih!
Leave a Reply