Ini Luahan Pembaca Meter TNB Dan Kenapa Mereka Tidak Boleh Baca Meter TNB Waktu PKP

Baru baru ini ramai rakyat membuat aduan bahawa bil elektrik TNB mereka melonjak naik sehingga ada yang mencecah 600% dari jumlah bil sebelum bermulanya PKP.

Pihak TNB telah pun menjelaskan sebab kenapa bil melonjak naik dan salah satunya adalah kerana rakyat duduk di rumah sahaja sepanjang PKP selama 3 bulan tersebut.

Rakyat masih tidak berpuas hati kerana salah satu alasan juga adalah pembaca meter TNB tidak dapat bergerak kerana PKP tetapi dipertikaikan kenapa posmen dan penghantar makanan seperti food panda dan grab food boleh bergerak. Ini luahan dari pembaca meter TNB sendiri. Jom baca.

Aku Pembaca Meter TNB

Semalam 399 rumah nak kena hadap. Hari ni 408 rumah kena hadap. Rekod tinggi pernah hadap sehari 800 ke atas. Sekali hadap sehari 200 rumah ke atas. Kalau sebulan dah berapa? 3K ke atas.

Saja lah nak share dgn geng-geng delivery makanan & Delivery barang-barang pos sehari berapa rumah. (Cuma sampai depan rumah,tunggu makan/barang diambil) Aku tak marah dekat geng ni sebab aku pun pernah lalui macam depa. Kalau tanya depa, tempoh kemuncak Covid-19 melanda, depa pun takut dan nak cuti. Tqvm geng sbb mudahkan urusan pengguna/

(Banyak kecaman yang dbandingkan geng diatas dgn geng pembaca meter elektrik n air) sebab mereka boleh berkerja.

Hanya bertindak ikut arahan

Tu belum kira lagi kedudukan meter mcm mana..bukan 100% meter semua depan mata cuma guna teropong.Pintu berkunci/Meter Sendeng/Meter terhalang dgn barangĀ².Belum kira lagi kawasan tu mcm mana.Kandang BABI guys Kandang AYAM guys Kawasan ANJING GILA guys Kawasan SEMAK guys. Macam-macam lagilah nak kena hadap waktu kerja ni.

Aku pon kalau boleh waktu PKP aku nak kerja baca meter, Tapi sebab aku cuma staff bawahan hanya mampu bertindak mengikut arahan. Jangan terus nak salah geng Pembaca Meter Elektrik dan Pembaca Meter Air. Bukan saja-saja kami tekan bil jadi mahal, tak dak guna kami buat macam tu sebab nanti akan jejas prestasi kerja kami. Bagi yang dah faham situasi yang melanda bil elektrik dan air. tqvm,semoga anda senantiasa dpermudahkan urusan dan murah rezeki.

Bagi yang masih nak teruskan dengan kecaman silakan, terpulanglah. Otak masing-masing terletak di kepala sendiri cuma masih boleh berfikir waras atau tidak.

Sumber : Hanif Ismail via AWATTT SYEIKHH NETWORK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*