Ini Luahan Pilu Bunga Cinta Lestari Buat Ashraf Sinclair “Perkahwinan Bertahan Lebih 10 Tahun Dan Kemat1an Yang Memisahkan”

Laman sosial dikejutkan dengan pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada awal pagi Selasa 18 Februari di Jakarta, Indonesia. Ashraf telah pergi yang disahkan oleh pengurus isterinya, Doddy kepada portal berita Indonesia, Kompas.

Sama macam pasangan lain

Ashraf meninggalkan isteri yang juga aktres dan penyanyi, Bunga Citra Lestari serta seorang anak lelaki, Noah Sinclair. Mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008, rumah tangga mereka aman tanpa sebarang gosip.

Menurut Bunga kepada portal Indonesia, Kumparan, hubungan mereka tidak ubah seperti pasangan lain yang menjalani jatuh bangun.

Kami sama-sama berjuang, sama seperti pasangan suami-isteri yang lain. Kami juga pasti punya masalah. Kami juga punya saat-saat bahagia kami sendiri.

‘Kami harus saling jujur’

Tambah Bunga lagi, pegangannya dengan Ashraf adalah, kejujuran yang mesti menjadi keutamaan rumah tangga. Pada mereka, apa yang penting adalah kesediaan untuk sama-sama berjuang ataupun mereka masih boleh kekal menjadi kawan.

Yang pasti, dari awal prinsip saya dengan Ashraf adalah, intinya, kami harus saling jujur satu sama lain, apakah kami masih ingin berjuang bersama atau tidak. Kalau tidak, tidak apa-apa, kami masih jadi rakan.

Bunga juga pernah mengatakan dia tidak boleh membayangkan kehidupannya tanpa Ashraf di sisi. Dia juga mendoakan supaya terus kuat untuk kekal mencintai pasangannya itu sampai ke akhir masa.

Setakat ini, saya tidak boleh membayangkan hidup tanpa Ashraf. Sampai sekarang, pandangan saya masih seperti itu.

Al fatihah

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber :Ohbulan/Kumparan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*