Ketika Persidangan, Hishammuddin Buat Hal Hisap Vape Dalam Parlimen. Ini Penjelasan Hishammuddin

Menteri Luar, Hishammuddin Hussein membuat permohonan maaf kepada Dewan Rakyat selepas video beliau menghisap vape semasa persidangan menjadi tular di media sosial.

Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

Saya minta maaf kepada Dewan Rakyat dan berjanji tidak akan mengulangi lagi,” ciapnya di Twitter sebentar tadi.

Terdahulu, seorang warganet yang dikenali sebagai Mhd Shamin berkongsi sebuah klip video berdurasi selama 9 saat di Twitter menunjukkan Hishamuddin curi-curi menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan.

https://twitter.com/i/status/1291241929934438400

Adoiii buat hal betul laa,” ciap Mhd Shamin.

Beliau turut berkongsi video tersebut kepada bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sambil menulis: “Dr Dzul tengok ini ada orang hisap vape dalam dewan”.

Sehingga pukul 3.30 petang, video tersebut dilihat lebih 38,700 kali oleh warga maya dan diciap semula sebanyak 1000 kali serta menerima lebih 400 komen.

Sumber: Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*