Ini Permintaan Ahmad Maslan Selepas Perhimpunan Icerd Yang Akan Buat Maszlee Terpana

Anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan membuat usikan nakal terhadap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dengan mencadangkan agar Himpunan 812 semalam masuk buku sejarah.

Cadangan itu diutarakannya kerana berpendapat himpunan kesyukuran bagi meraikan keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd) sebagai himpunan rakyat yang terbesar dalam sejarah negara.

“#Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah. @maszlee Menteri boleh masukkan dalam buku sejarah. Ya,” katanya menerusi Twitter.

Ahmad dipercayai mengusik Maszlee memandangkan anggota parlimen Simpang Renggam itu pada minggu lepas mencuri perhatian apabila menyatakan skandal 1MDB akan dimasukkan ke sejarah Malaysia’.

Biarpun tidak menyebutkan secara khusus mengenai subjek sejarah, Maszlee ketika itu menjawab soalan Ahmad berhubung mata pelajaran berkenaan di sekolah swasta.

Setiausaha Menteri Pendidikan Shahrul Aman Mohd Saari bagaimanapun berkata Maszlee ketika sesi soal jawab di parlimen itu hanya menjelaskan isu 1MDB hanya “akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia” dan bukan dalam buku teks sejarah.

Dalam tweet yang sama, Ahmad turut memuat naik dua keping gambar. Salah satunya  menunjukkan beliau sedang duduk bersila di hadapan pentas sambil tersenyum ketika perhimpunan berlangsung.

Sekeping lagi ialah gambar beliau dikelilingi anak-anak muda yang jelas gembira dapat berswafoto bersamanya di dalam LRT.

Pihak polis menganggarkan kira-kira 55,000 peserta himpunan menyertai Himpunan 812, manakala Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggarkan kira-kira 500,000 kehadiran.

Malaysiakini pula menganggarkan 80,000 kehadiran pada waktu puncak.

Perhimpunan itu ditamatkan sejam lebih awal daripada tempoh yang dibenarkan pihak polis.

Terdahulu, kira-kira enam jam sebelum itu Ahmad turut memuat naik beberapa gambar sekitar himpunan tersebut di Twitternya yang diiringi serangkap pantun:

“Tiga empat lima enam,

Tujuh lapan sembilan sepuluh,

Manifesto PRU mereka benam,

Ayuh lawan dengan bersungguh”. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*