Tiba Tiba PM Muhyiddin Yassin Terima Panggilan Dari Presiden Turki. Ini Permintaan Turki, Erdogan Buat Ramai Teruja

Tiada hujan dan ribut, tiba-tiba Presiden Turki, Erdogan buat panggilan telefon terhadap PM Malaysia, TS Muhyiddin. Ini permintaan beliau buat ramai teruja.

Minta Kerjasama Malaysia-Turki Bangunkan Vaksin C0VlD-19

Malaysia sedia bekerjasama dengan Turki dalam membangunkan vaksin dan ubat-ubatan berkaitan COVlD-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam, memaklumkan kedua-dua pemimpin negara itu turut bersepakat untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi penularan pandemik dan pasca-COVlD-19.

“Semalam saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki. Saya menzahirkan rasa simpati dan solidariti Malaysia atas bilangan kes dan jumlah kematiian yang tinggi akibat COVlD-19 yang direkodkan di Turki.

“Saya juga berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani COVlD-19, antaranya, pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang menyaksikan jumlah jngkitan dan kematiian semakin menurun manakala kadar pemulihan kini melebihi 80 peratus,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini.

Tingkatkan Kerjasama Dalam Bidang Lain

Muhyiddin berkata langkah memperkasa hubungan dua hala sedia ada dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan tinggi seperti bahasa sekolah, perubatan dan teknologi pertahanan turut dibincangkan bersama Erdogan.

Beliau berkata Erdogan juga membangkitkan peranan besar Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, dan Turki menyeru agar Malaysia terus aktif di persada dunia antarabangsa, antaranya, menolak sekeras-kerasnya tindakan unilateral oleh Israel ke atas Palestin termasuk merampas tanah milik rakyat Palestin.

“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan mana-mana negara yang mempunyai objektif yang sama iaitu menyokong rakyat Palestin untuk bebas daripada penjajahan Israel dan merealisasikan aspirasi sebuah negara Palestin yang bebas.

“Kami akhiri perbualan kira-kira 30 minit itu dengan sepakat bahawa semua inisiatif kerjasama dua hala harus disambung semula sebaik pandemik COVlD-19 berakhir,” katanya bahawa mereka turut mengucapkan salam Aidilfitri, dalam perbualan tersebut.

Sumber:  Siakapkeli via Khalifah Media Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*