Pasukan Media Ebit Lew TerIibat Dengan KemqIangan Ngerl. Ini Punca Sebenar Kejadian, Tak Sangka

KUALA LUMPUR – Tiga orang pasukan media penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew terlibat dalam kemalangan di Tol Jalan Duta malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ebit sendiri menerusi hantaran yang dimuatnaiknya di laman Facebook kira-kira tujuh jam lalu.

Ebit berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dinaiki pasukan media yang merakamkan program Jejak Ebit Lew Astro melanggar bahu jalan untuk mengelak daripada terlanggar sebuah kenderaan yang membuat pusingan U di ruang yang tidak dibenarkan.

“Tadi kami empat kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang lapan bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke KL. Betul-betul lorong kanan Touch N Go lepas Tol Jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan.

“Ada sign (petunjuk) tidak boleh uturn. Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan,” katanya.

Ebit berkata, tiga orang pasukan medianya itu sehingga kini masih dirawat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

“Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan). Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” tambah beliau.

Terdahulu beliau berkata, Ebit dan pasukannya dalam perjalanan pulang daripada Pulau Pinang membantu sekeluargayang telah tinggal di kereta selama lapan bulan. – MalaysiaGazette

Ini status yang dimuatnaik Ustaz Ebit Lew berkenaan kes kemalangan krew kameranya di Tol Jalan Duta malam tadi..

“Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro.

Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Ada sign tak boleh uturn. Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan.

Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit.”

Sumber/Kredit : BHARIAN ONLINE via ASN

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*