Ini Sebab Mengapa Long Tiger Dibebaskan Dan Majistret Tidak Benarkan Sambung Reman

LELAKI Rohngya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang mencetuskan kontrovrsi kerana membuat siaran langsung di laman Facebook (FB) memftnah pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dibebaskan daripada thanan reman hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar selepas mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bngsa-Bngsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu.

Terdahulu, Long Tiger direman lima hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan dan poIis hari ini memohon supaya reman terhadap Long Tiger disambung sehingga 5 Mei namun tidak dibenarkan majistret.

Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana ftnah.

Sspek yang bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pembebasan berkenaan.

Rabu lalu, Datuk Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanan lelaki itu tular di media sosial.

Long Tiger sebelum itu menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di FB.

Long Tiger pemegang kad UNHCR, fitnah polis [METROTV]

LELAKI Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang ditahan kelmarin disiasat kerana memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sspek berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Muar pada Selasa lalu.

“Sspek didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng dan polis sedang membuat siasatan lanjut.

“Sspek juga bukan warga Malaysia seperti yang didkwa dilahirkan di Mentakab, Pahang sebaliknya adalah pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini.

Semalam, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanannya tular di media sosial.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menafikan persepsi segelintir masyarakat yang menyatakan pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

“Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang negara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seorang koperal bertugas di IPD Muar turut ditahan atas kesalahan merakam gambar dan video penahanan Long Tiger.

“Merakam gambar serta video sspek ketika dalam tahanan adalah satu kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan kita akan buka kertas siasatan terhadap anggota berusia 37 tahun itu.

“Tiada pilih kasih walaupun kesalahan dilakukan anggota kami,” katanya.

Berita Harian, Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*