Bantuan Prihatin 2.0 TeIah Diumumkan OIeh Perdana Menteri Dan Ini Tarikh BiIa Duit Akan Masuk Akaun Anda

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat pandemik Covid-19.

Bantuan BPN 2.0 ini akan mula dibayar secara ansuran bermula hujung bulan Oktober 2020 dan pada bulan Januari 2021.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bakal diterima oleh 10.6 juta pemohon dengan jumlah bajet sebanyak RM 7 billion diperuntukkan. Golongan B40 dan M40 yang bujang ataupun sudah mendirikan rumah tangga layak mendapat bantuan ini.

Pemohon tidak perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini. Pihak kerajaan turut memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah mendapat BPN untuk melakukan rayuan dan permohonan baru.

Kategori penerima

Infografik: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 yang mencatatkan seramai 3.7 juta isi rumah. Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang), ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40). Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Tarikh kemasukan

Infografik: Irujukan

Duit BPN 2.0 ini akan mula dikreditkan kepada mereka yang layak bermula hujung Oktober 2020 dan pada Januari 2021. Pembayaran BPN akan dibayar secara ansuran sebanyak dua kali.

Kaedah pembayaran

Bayaran BPN 2.0 ini akan terus dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi individu yang mempunyai akaun bank.

Manakala, bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut duit bantuan tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Cara memohon

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil  atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri,  Irujukan & Jabatan Penerangan Malaysia / http://www.awatttsyeikhh.com/bantuan-prihatan-2-0-yang-diumumkan-oleh-perdana-menteri-tarikh-duit-masuk-diberitahu/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*