Ini Yang Rakyat Perlu Tahu Tentang Pendaftaran BPR 2021 & Bagaimana Nak Kemaskini

Terkini kerajaaan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Terdapat 4 Kategori Bantuan Prihatin Rakyat termasuklah isi rumah dan bujang

Diumumkan ketika Belanjawan 2021, kadar bantuan dan kategori BPR ditambah baik bagi menggantikan BSH seperti umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun ke atas. Isi rumah yang mempunyai anak lebih 2 orang juga akan mendapat bantuan lebih banyak

Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican telah mengumumkan pendaftaran baharu permohonan BPR akan dibuka sebelum penghujung bulan Januari 2021. Namun bagi mereka yang sudah ada dalam pengkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan

Bantuan Prihatin Rakyat: Permohonan BPR & Semakan Status

Kemaskini Terkini: Berikut adalah maklumat yang terkini di media sosial mengenai BPR. Pendaftaran dan kemaskini dibuka bermula 15 Januari higga 15 Februari 2021

Kemaskini: Berikut adalah maklumat yang tular di media sosial mengenai BPR. Sebarang maklumat rasmi akan dikemaskini di halaman ini.

Berikut adalah perincian lanjut mengenai bantuan ini:

Kategori dan Jumlah Bantuan

Terdapat 4 kategori yang layak menerima bantuan beserta kadar bantuan yang tertentu iaitu:

1. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,800 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)

2. Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000
Jumlah bantuan : RM800 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)

3. Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000
Jumlah bantuan : RM500 (jika mempunyai sehingga seorang anak)
Jumlah bantuan : RM750 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih)

4. Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah bantuan : RM350 (Mestilah berumur 21 tahun ke atas)

Berdasarkan Facebook Rasmi¬†Malaysia Government Call Centre, bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak termasuk dalam golongan ‚Äėsehingga 1 orang anak‚Äô.

Syarat & Kategori Kelayakan

Kategori kelayakan untuk BPR 2021 adalah seperti berikut:

1. Isi Rumah 

  • Berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang termasuklah Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas

2. Bujang

  • Bujang atau Ibu ataupun Bapa Tunggal / Balu Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur:
  • 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
  • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan

Untuk memeohon BPR 2021, perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori iaitu:

A. Isi Rumah 

  1. Permohon
  2. Warganegara Malaysia (MyKad) yang tinggal menetap di Malaysia sahaja
  3. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga serta tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah
  4. Pasangan
  5. Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  6. Merupakan Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
  7. Anak (Sekiranya mempunyai anak)
  8. Hubungan dengan anak mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  9. Merupakan Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  10. Anak adalah tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  11. Had umur:
  12. 17 tahun dan ke bawah; atau
  13. 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
  14. Bujang
  15. Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  16. Mempunyai Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  17. Lelaki atau wanita yang berumur:
  18. 21 tahun hingga 59 tahun; atau
  19. 18 tahun sehingga 59 tahun untuk ketegori OKU

Cara Membuat Permohonan Baharu

Bagi Penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 yang telah lulus, hanya perlu membuat kemaskini maklumat secara atas talian (online) atau manual menggunakan borang. Bagi yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN 2.0 atau BSH 2020 sebelum ini boleh membuat permohonan baru seperti langkah berikut:

Secara Online

  1. Layari portal BPR: https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

Secara Manual Melalui Borang

Untuk memohon secara manual, Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
  2. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Borang boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:

  1. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  2. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  4. Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Ataupun penghantaran secara Pos ke alamat berikut:

Peti Surat BPR

GPO Shah Alam

40800 Selangor

NOTA: Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Dokumen Sokongan Permohonan BPR 2021

Semasa membuat permohonan atau kemaskini, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) seperti berikut:

i. Pemohon:

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataupun
  2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; ataupun
  3. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; ataupun
  4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
  5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii. Pasangan:

  1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); ataupun
  2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

iii. Anak:

  1. Anak Kandung
  2. Salinan MyKad / MyKid; dan
  3. Salinan Sijil Lahir
  4. Anak Angkat
  5. Salinan MyKad / MyKid; dan
  6. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
  • Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04)

Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BPR semasa permohonan secara dalam talian

Cara Membuat Kemaskini BPR

Jika semakan permohonan di portal BPR 2021 telah wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, pemohon tidak perlu membuat kemas kini maklumat BPR 2021. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BPR 2021 tidak wujud, permohon perlu membuat permohonan baharu.

  1. Log Masuk ke Portal BPR 2021
  2. Klik Permohonan Baru dan Masukkan No. IC
  3. Log Masuk ke MyBPR untuk tindakan kemaskini BPR 2021 : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  4. Ikuti langkah selanjutnya dan hantar permohonan.

Jika tiada rekod permohonan, sila Daftar Akaun.*Langkah akan dikemaskini setelah manual penggunaan dikeluarkan LHDNM

  • Borang Kemaskini Makluma Asas BPR :¬†https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-02(BorangKemasKiniMaklumatPermohonanBPR).pdf

Tarikh Bayaran

Bayaran bantuan ini akan disalurkan sebanyak dua kali ansuran atau dua fasa iaitu fasa 1 dan fasa 2. Menurut info daripada BERNAMA, bayaran pertama akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021.

  • Bayaran Fasa 1 BPR:¬†Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021
  • Bayaran Fasa 2 BPR: Akan Dikemaskini

Update terkini mengenai informasi BPR boleh terus ke Telegram : t.me/bantuanprihatinrakyat

Related : isi rumah berpendapatan bulanan bajet 2021 rumah yang mempunyai dua golongan b40, secara online peruntukan rm6.5 bilion menteri kewangan zafrul tengku abdul aziz menggantikan bantuan sara hidup, menerima bantuan bsh 2020, tarikh tutup, mulai 15 januari, pemohon yang tidak menerima, perlu membuat permohonan baru

SUMBER/KREDIT:mysumber

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*