Ini Yang Terjadi Sebelum Perhimpunan Bantah Icerd Dijalankan. Alhamdullilah Memang Penuh

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula berhimpun di hadapan kompleks membeli-belah Sogo dan kawasan sekitar.

Setakat jam 10.30 pagi ini, dianggarkan 2,000 orang berada di sini dan jumlah itu dijangka meningkat tengah hari ini sebelum mereka berarak menuju Dataran Merdeka.

Mereka yang memakai baju T putih dikatakan mula memenuhi kawasan ini sejak jam 6 pagi tadi.

Keadaan ketika ini masih terkawal dengan anggota polis dan polis trafik ditempatkan bagi mengawal lalu lintas.

Pemantauan udara turut dilakukan polis di kawasan ini.

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya, memaklumkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 8 Disember ini tetap diteruskan, namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan memaklumkan UMNO akan menyertai perhimpunan itu sebagai tanda ‘terima kasih’ terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD – BHARIAN ONLINE

Masjid Negara Dah Macam Solat Jumaat Waktu Subuh. Alhamdullilah

Sejak malam tadi ramai orang dari pelusuk negeri telah pun berkumpul di kawasan perhimpunan aman bantah Icerd tetapi apa yang menarik adalah pada waktu Subuh.

Masjid Negara dibanjiri dengan umat islam yang datang untuk menunaikan solat subuh. Keadaan di dalam Masjid Negara seumpama solat Jumaat. Alhamdullilah. – KL VIRAL

1 Trackback / Pingback

  1. Ini Yang Terjadi Sebelum Perhimpunan Bantah Icerd Dijalankan. Alhamdullilah Memang Penuh - Lubok Cerita Express

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*