Isteri Hafizh Syahrin Muatnaik 1 Rakaman Video Keadaan Terkini Suaminya SeIepas Dari PeIanggaran di Moto GP

Isteri pelumba Moto2 negara, Noor Suzana Abdul Manaf meluahkan rasa syukur selepas suaminya, Hafizh Syahrin disahkan selamat dan masih mampu memberikan senyuman.

Video Di Bawah Artikel

Suzana berkongsi rakaman video perkembangan Hafizh, 26, di akaun Instagram Story, yang memaparkan pelumba negara itu menunjukkan isyarat bagus ketika terlantar di atas katil hospital.

“Alhamdulillah, Hafizh okay. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Hafizh,” kata Suzana dalam video yang dimuat naik sebentar tadi.

Suzana berkongsi rakaman video perkembangan Hafizh, di akaun Instagram Story, yang memaparkan pelumba negara itu menunjukkan isyarat bagus. -Instagram suzanamnf

Terdahulu, jurucakap pasukan Aspar, Jorge Martinez menyatakan rasa terkejut sebaik melihat kemalangan yang berlaku ketika perlumbaan pusingan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring itu.

Pasukan itu tidak menyangka pelumba yang terlibat dalam kem4langan itu adalah Hafizh dan keadaan menjadi sedikit cemas sebaik identitinya diketahui.

“Pada awalnya kami tidak tahu adakah itu Hafizh. Ketika kami melihat bahawa pelumba itu adalah Hafizh, kami sangat takut kerana mereka tidak menunjukkan gambar (perkembangan lanjut) di televisyen.

“Saya bersamanya di pusat rawatan litar dan perkara pertama yang diberitahu oleh doktor kepada saya ialah dia sedar dan (kem4langan itu) tidak memberi kesan teruk di bahagian kepalanya.

“Semua imbasan yang dilakukan juga menunjukkan Hafizh tidak mengalami sebarang pend4rahan dalaman dan tiada tulang yang patah atau seumpamanya,” jelas Martinez menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini berasa sangat kesal dengan apa yang berlaku dan mendoakan kesejahteraan Syahrin.

Bastianini rasa sangat kesal selepas yang jentera yang dinaikinya tergelincir di selekoh pertama pusingan keempat sehingga mengakibatkan beberapa pelumba lain turut mengalami kemalangan.

Keadaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin selepas kemalangan di GP Austria. Video: Pasukan Aspar

Posted by Bernama TV on Sunday, August 16, 2020

Sumber : Astro Awani / BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*