Lelaki Berjubah Putih Bantu Tolak Kereta Dalam Hujan. Bila Diselidik, Rupa Rupanya Mufti WPKL

Semalam Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perwatakan zuhud serta bersederhana dan toleransi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dalam menyelesaikan isu berkaitan agama sebelum ini dipercayai mampu membantu memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Tapi ingatkah anda ada suatu kisah mengenai Menteri Agama kita satu masa dahulu.

Kisah Mufti WPKL Bantu Tolak Kereta dalam Hujan, Inilah Sifat Tawaduk Orang Berilmu

Sebuah gambar yang memaparkan akhlak mulia Mufti Wilayah Perseketuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menolong seorang pengguna jalan raya menolak keretanya yang rosak di atas jalan pada waktu hujan tular di media sosial suatu ketika dahulu.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki berjubah putih sanggup berkuyup menolak kereta dalam keadaan hujan lebat. Setelah diselidik rupa-rupanya, lelaki itu rupa-rupanya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Berdasarkan status yang dikongsi pengguna Facebook, Mohamad Razif, gambar itu mendapat lebih 4,000 sukaan dan 1,833 perkongsian termasuk pelbagai komen yang memuji tindakan rendah diri Zulkifli.

mufti kereta 1 - Tular Gambar Mufti Wilayah Tolong Tolak Kereta dalam Hujan, Inilah Sifat Tawaduk Orang Berilmu

“ Dapat gambar dari orang lain. Kisah benar di tengah hujan.

“ Entah abang tu tahu atau tak.. Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan,” tulis Razif.

Memetik kata-kata Imam Al Syafie, Razif menulis lagi :

” Orang yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya kedudukan. Orang yang paling hebat keutamaannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya keutamaan.

Entah abang tu tahu atau tak, Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan” – Tulis Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohamad Razif

Sementara itu, Shahrul Nizam Yahaya berkata Zulkifli sepatutnya dilantik menjadi mufti untuk seluruh negeri di dalam Malaysia kerana memiliki akhlak yang baik. Norsam Sham pula berpendapat, Zulkifli layak dilabelkan sebagai ulama sejati.

“ Semoga negara kita mempunyai lebih ramai ulama seperti Mufti Wilayah persekutuan itu,” katanya.

” Sewaktu Utusan Online menghubungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai yang bertugas mengesahkan tentang penularan gambar tersebut. Antara info yang dapat saya kongsikan, kejadian berlaku di antara pukul empat hingga lima petang di sebuah jalan di sekitar Dengkil, kelmarin,” katanya.

Akhlak mulia seorang yang memegang persada ilmu ini dipuji oleh netizen:

“ Pernah jumpa ustaz dr. Zulkifli bakri…sangat zuhud org nya”

“ Ni baru dikatakan alim ulamak sentiasa membantu orang yg dlm kesusahan”

“ Sikap yg terpuji..tk sangup tgk kepayahan insan lg.pasti sudi hulurkn bantuan tanpa dipinta”

Keutamaan tawaduk setelah memperoleh ilmu ini diterangkan oleh Ibn al Qayyim rahimahullah

Semoga menjadi pengajaran kepada kita untuk terus merendah diri sedang kita tak mencapai taraf ilmu seperti Mufti.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  Mohamad Razif

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*