Isteri Ditangkap Khalwat Ketika Suami Ada Dalam Rumah. Rupanya Semua Itu ‘Agenda’ Keluarga Mertua. Ini Luahan Sedih Isteri

Memang tidak dapat dinafikan, setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui pelbagai ujian dalam rumahtangga. Kadangkala, ujian itu datang dalam pelbagai cara dan sebagai manusia kita seharusnya reda dan tempuhi ujian itu dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila dia dipercayai telah difitnah berkhalwat di dalam rumahnya sendiri bersama suaminya yang kurang upaya (OKU). Lebih menyedihkan apabila perbuatan fitnah itu dipercayai dilakukan sendiri oleh keluarga mertuanya hanya kerana ingin membolot duit insurans milik suaminya itu.

Kena tangkap khalwat

Dahsyat permainan mereka. Aku ditangkap khalwat ketika aku ada di dalam bilik bersama suami dan anak-anak pada pukul 11 malam tadi. Pihak jabatan agama datang dalam rumah aku. Ada kakak dan anak-anaknya dan juga anak angkat keluarga kami lelaki yang belum berkahwin lagi. Walaupun aku bersama suami tetap kema sebab ada orang bukan darah daging tinggal 1 rumah. Ada suami tetapi suami tak normal katanya. Allahu, kami semua kena pergi pejabat agama dan baru dijamin oleh mak Umy.

Tadi hanya tinggal Aby dan anak-anak sahaja. Dia tak nak ambil keterangan Aby sebab Aby tak normal. Kami akan dibicarakan denda RM3000 seorang. Tak mampu nak bersabar dan tahan lagi. Mereka nak singkirkan aku. Lepas aku kena tangkap, dibawa dengan van, mereka semua datang nak ambil Aby. Aby tak nak ikut mereka. Jelas sekali hampir 2 tahun tak munculkan diri. Keluarga aku dan Aby sendiri cakap, mereka tanyakan pasal duit insuran Aby ketika dia datang.

Perpisahan jalan penyelesaian

Hebat, mereka nak aku bercerai. Mereka nak ambil suami aku. Jangan risau, aku akan tunaikan. Aku tak mampu nak teruskan lagi, ambillah anak kau pergi berambus. Semoga kau jawab lah di sana nanti, sampai mati aku tak akan maafkan. Kau conteng arang dimuka aku, nak suruh nampak aku ni jahat dan nak kami bercerai. Nak ambil Aby dari kami. Biarlah, jalan terakhir aku akan pergi tuntut penceraian. Aku tak nak ada kaitan dengan kalian lagi, kalian boleh datang ambil anak kau.

Kalian boleh ambil duit bantuan atau duit insurans, bawa lah ke kubur kalian masing-masing. Sampai macam ni sekali korang buat kami. Silalah datang ambil anak kau balik. Aku akan putuskan segala-galanya. Aku akan tunggu dibicarakan, Allah sudah beri jalan penyelesaiannya terbaik buat aku di bulan Ramadan ini. Akhirnya perpisahan yang terakhir.

Tanya tentang duit insurans suami

Ingatkan lepas pada kejadian keluarga mereka buat akaun fake tu terus diam, Rupa-rupanya sedang merancang sesuatu buat akaun fake yang disampaikan, burukkan aku, buat cerita pasal kesihatan Aby. Bukti pasal FB fake tu semua ada, ingatkan dah malu dan serik. Rupanya lebih dahsyat lagi. Cepat diaorang sampai masa aku kena tangkap tadi. Aku naik van terus diorang sampai. Bertahun-tahun tak datang jenguk, duit 1 sen pun tak pernah hulur alih-alih datang ketika aku ditangkap khalwat.

Datang pula ajak Aby balik, lepas tu sibuk tanya pasal insurans sebab kalian tahu duit itu tak lama lagi akan dapat. Kau ingat Aby nak ikut ke? Dia pun reti siapa yang jaga selama ini. Kali ini walaupun Aby tak nak ikut kalian, bila aku mula failkan penceraian, korang dipersilakan datang ambil Aby. Aku tak nak apa-apa, aku tak nak tengok muka kalian. Kau ambil lah. Aku cuma nak ketenangan bersama anak-anak akau. Biar aku mula hidup baru.

Ambil Balik Anak Ko

Kau conteng Arang dimuka aku, Nak suruh nampak aku ni jahat, nak kami bercerai.. nak ambil aby dari kami, Biarlah..jalan terakhir, Aku akan g tuntut perceraian.. Aku tak nak ada kaitan dengan kalian lagi, kalian boleh datang ambil anak kau… kalian boleh ambik duit bantuan atau duit insuran, bawa lah ke kubur kalian masing2… Sampai macam ni sekali korang buat kami, Silalah datang Ambil lah anak kau balik…….Aku akan putuskan segala2 Nya…Aku akan tunggu dibicarakan, Allah sudah beri jalan penyelesaiannya terbaik buat aku di bulan Ramadhan ni, Akhirnya.. perpisahan yang terakhir

Pengakhiran kehidupan kami😭

Posted by Siti Rohayu on Tuesday, May 5, 2020

OHBULAN, Viddy Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*