Isteri Pandu Kereta Mewah Sampai Terbabas, Kereta Hancur. Tak Sangka Ini Reaksi Suami

Ramai yang berpendapat bahawa sekiranya orang perempuan bawa kereta, memang ‘hebat’ lain macam bila mereka berada di atas jalan raya.

Mungkin itu bermain di fikiran seorang lelaki, Syukor Majid apabila si isteri yang memandu kereta Mustang 5.0 miliknya terbabit dalam kemlngan kecil berdekatan lampu isyarat Bertam Perdana 2, Kepala Batas.

Dia yang sedang mencari rezeki di tempat kerja terus bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat tahu perkara tersebut. Namun mujur isterinya tidak mengalami sebarang kecderaan selepas terbabas melnggar pagar jalanan.

“Isteri abang yang bawak kereta ni. Abang dekat office tengah mencari sesuap nasik. Apapun syukur Alhamdulillah isteri abang selamat tak cedera apa-apa.
“Itu yang penting. Kereta boleh beli, isteri boleh kahwin lagi, tapi susah nak cari spec macam ni. Spec bawak kereta macam Letty fast furious,” katanya.

Menerusi posting sebelumnya di laman Facebook, Syukor dilihat hanya mampu tersenyum atas dugaan itu malah sudah tentu perlu memikirkan kos untuk membaiki kenderaan tersebut.

Mantap tak isteri abang bawa kereta?

Image may contain: car, tree, sky and outdoor

Haihh memang kecewa tapi nak buat macam mana kan? Asalkan orang tersayang selamat, dah cukup rasa lega. Buat pemandu lain, moga lebih berhati-hati di jalan raya!

Syukor Majid

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*