Jamuan MP Kerajaan RM10K, Tapi Hidangan LGE Hanya RM34. Ini Komen Najib Razak

AhIi Parlimen pembangkang hari ini membangkitkan persoalan berhubung hidangan istimewa di bilik Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga mencecah RM10K

Hari Lim Guang Eng pula memuat naik gambar makan bersama MP tapi kos hidangan lebih rendah

“#TakAdaUdangGalah
Makan tengah hari di kantin Parlimen tadi. Harga berpatutan, RM34 untuk nasi campur bersekali minuman bersama 5 orang rakan-rakan yang lain.”

Berikut Komen Najib

Pakar kewayangan ini makan lunch RM34 tapi bayar RM305,000,000 untuk kos laporan yang selepas 7 tahun tak pernah siap.

Walaupun saya tak setuju bahawa menteri-menteri PN mengadakan jamuan mewah pada zaman krisis Covid ini, saya rasa ianya lebih bagus berbanding menteri-menteri PH yang kononnya berjimat cermat dan memetik petai tetapi defisit negara naik melambung, hutang negara tambah RM140 bilion dalam masa 22 bulan, aset-aset negara dijual, pasaran saham negara rugi RM300 bilion setelah kita menjadi paling corot dalam dunia, dividen-dividen tabung Rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah dan Rakyat dapat 30 Ringgek.

You pay peanuts, you get monkeys.

Ya, memang #TakAdaUdangGalah

Tapi juga #TakAdaLaporanRM305juta

dan #TakAdaTerowongAjaib.

Tapi #AdaBangloRM7jutaTanpaKolamRenang

Rakyat Ikat Perut, Menteri Makan Mewah

Hari Ini P Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu, mendakwa hidangan bermula 13 Julai hingga 27 Ogos ini menelan belanja sehingga RM10,000 yang ditaja oleh kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut Prabakaran, peruntukan tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang berdepan dengan kesan pandemik koronavirus (COVlD-19).

Dalam jadual tersebut, antara kementerian dan GLC yang menaja jamuan itu ialah Kementerian Kewangan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Amanah Raya (Mara), Tekun, Prasarana, Felda dan MPOB (Malaysia Palm Oil Board).

” Saya ingin tanya, peruntukan yang digunakan oleh kementerian dan GLC ini duit siapa?

” Ini wang rakyat bagi tujuan memajukan negara,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Prabakaran turut mempersoalkan keperluan disediakan hidangan tersebut kerana kafetaria telah disediakan di Parlimen untuk ahli Parlimen makan dan minum.

Rakyat ikat perut sehingga ada makan ubi kentang, tapi…

” Saya juga difahamkan ada ahli Parlimen yang membungkus dan membawa pulang ke rumah masing-masing.

” Dalam keadaan rakyat mengikat perut sehingga ada yang makan ubi kentang, ahli Parlimen kerajaan boleh makan udang galah, ketam, ayam kampung dan pelbagai masakan yang enak,” bidasnya.

Prabakaran pada sidang media sama turut mengajak peneroka Felda untuk hadir ke Parlimen pada 25 Ogos ini untuk makan bersama ahli Parlimen kerajaan kerana jamuan tersebut ditaja oleh Felda.

” Mereka menggunakan wang peneroka untuk mengadakan jamuan makan di Parlimen,” katanya.

Sementara itu Prabakaran turut berkongsi perkara tersebut di Facebook beliau.

Menerusi ruangan komen, segelintir bersetuju dengan Prabakaran, sementara terdapat juga yang mempersoalkan perkara itu ditimbulkan.

” Seumur hidup saya yang dah 31 tahun nih, belum pernah merasa udang galah masuk rumah haa” tulis Nurfadhilah

” Setuju YB.. gaji dan elaun semua YB pun patut dikurangkan tak kira belah mana.. nak pakai kereta mewah buat apa sedangkan rakyat pakai kereta murah.. asal dapat keperluan asas cukup la..naik kancil pun sampai juga” tulis Buzz

” Itu pun nak persoal ke? Itu hak dorang, lagipun tak logik lah semua tu kaya-kaya, takkan tak mampu bayar kot.. takkan lah dorang nak makan kentang goreng jer adoiii” tulis Izhar

TRENDING SANGAT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*