Jangan Rasa Hebat Julang Ustaz Ebit Lew Tapi Tidak Santuni Rohingya – Nik Abduh

Seorang pemimpin PAS mengingatkan orang ramai di negara ini agar tidak berasa hebat dengan menjulang usaha pendakwah, Ebit Lew, tetapi pada masa sama gagal bersikap santun kepada orang susah lagi tertindas.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata orang Islam sepatutnya menyatakan rasa bersyukur dengan menolong dan membantu umat yang tertindas.

Pada masa sama, katanya, mereka perlu berfikir untuk menyelesaikan isu berkaitan, bukannya menghaburkan kebencian dan dendam.

Membuat kenyataan di media sosial, ahli parlimen Bachok itu juga mengingatkan umat Islam di negara ini, kalau pun tidak mahu mahu mempertahankan hak Muslim Rohingya, mereka jangan sesekali bersuara memburukkannya.

Kalau tak mahu pertahan, diam saja

Jelas Nik Abduh, tindakan memburukkan saudara seagama yang jelas dizaIimi dan ditindas adalah satu d0sa besar dan ‘membunvh’ nilai Ramadan.

” Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja.

” Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaIiman musoh Islam adalah d0sa besar.

” Ia membunvh nilai Ramadan anda. Ia membunvh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim.

” Jangan diri berasa hebat menjulang Ustaz Ebit Lew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas,” katanya.

Lidah ftnah musoh Islam

Isu berkenaan menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.

Langkah itu mendapat kritikan kerana pada sebelum ini pemimpin Umno dan PAS bersolidariti bersama etnik berkenaan.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti juga beberapa kali menyatakan komitmen untuk membela pelarian terbabit melalui siri ucapan masing-masing.

Untuk rekod Umno dan PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Polemik terbaru juga menyaksikan sesetengah pihak membangkitkan masalah yang dibawa etnik Rohingya dan menjadikan ia sebagai salah satu alasan menjustifikasi sikap kerajaan sekarang.

Perkembangan terbaru itu juga mencetuskan kebimbangan sekiranya krisis pada 2015 berulang kembali. Ketika itu ramai pelarian Rohingya mati di lautan selepas negara-negara Asia Tenggara menolak kemasukan kapal mereka.

Dalam pada Nik Abduh juga mengingatkan tentang propaganda musoh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.

Jelasnya musoh melaungkan bahawa Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun yang kini sedang menyusahkan Malaysia.

” Ftnah nyata ke atas umat Islam. Tipu daya yang nyata untuk memecah-belahkan umat Islam.

” Jangan menyambung lidah ftnah musoh ke atas Muslim Rohingya.

” Jangan sombong wahai Malaysiaku. Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas.

” Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*