Janna Nick terkilan cara teguran PU Syed, tidak selesa apabila dirinya ‘dimalukan’ secara terang-terangan

PELAKON, Janna Nick terkilan dengan cara bekas peserta Pencetus Ummah (PU) iaitu PU Syed yang menegurnya secara sarkastik di Instagram berhubung tindakan Janna memuat naik video yang dikatakan tidak sesuai di laman sosial itu.

Janna berkata, dia juga terkilan dengan Syed yang tidak berusaha menghubunginya terlebih dulu sebaliknya terus menghentam di laman sosial.

Difahamkan, isu ini timbul selepas Janna memuat naik video lakonannya sedang berhibur di pusat hiburan sambal meneguk minuman yang kononnya arak.

Janna berkata, sebahagian daripada kandungan di Instagram miliknya itu bukanlah dirinya yang sebenar, sebaliknya dibuat untuk tujuan hiburan.

“Semak juga mesej peribadi tiada pun. Kosong sepi. Nak menegur tapi tak mesej atau ’tag’ di entri buka ruang untuk membenci? Saya harap PU Syed guna cara kreatif untuk raih perhatian yang tinggi di media sosial anda. Bukan dengan cara mengeji atau menyebar benci.

Apa yang ada di Instagram saya, bukan 100 peratus diri saya yang sebenar. Ia sekadar hiburan untuk ‘followers’ (pengikut) saya. Ia hanya ‘content’ hiburan untuk yang menonton. Maaf kalau kata-kata saya menyakitkan hati mana-mana pihak,”tulisnya di Instagram.

Janna juga berharap Syed menggunakan gelaran yang diberikan dengan baik.

“Kita yang nak belajar itu percaya dengan gelaran seperti PU, jadi mohon gunakan gelaran itu dengan betul. Jangan buat orang yang nak belajar agama jadi benci dengan orang yang menyampaikan agama,” katanya.

Terdahulu, Syed secara sarkastik menegur tindakan Janna yang memuat naik video yang didakwa boleh membawa kepada fitnah dan tidak seharusnya dimuat naik di media sosial.

Cara teguran Syed membuatkan Janna tidak selesa apabila dirinya ‘dimalukan’ secara terang-terangan di Instagram pendakwah bebas itu.

Sebelum itu, Janna dilihat memuat naik video parodi dengan tanda pagar #videocalljannanick di mana dia melakukan cabaran untuk peminat melakukan video kreatif.

Dua video berunsurkan hiburan itu mengisahkan keganasan rumah tangga dan perlukan bimbingan seorang imam.

Sementara itu, Syed mengakui lebih selesa menegur secara terbuka kepada individu yang memiliki jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

Syed berkata, dia melakukan pendekatan teguran secara terbuka kerana individu yang memiliki ramai pengikut secara tidak langsung turut menyedarkan pengikutnya.

“Saya berdakwah sejak di bangku sekolah menengah lagi. Ketika itu belum ada Instagram, Facebook dan saya juga belum berniaga. Menegur secara terbuka lebih kena kepada orang yang ramai pengikut supaya mereka sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh orang yang mereka ikuti itu dan mereka dapat menegurnya juga supaya lebih menjaga penampilan.

“Saya tahu video itu hanya lakonan, tapi baguskah lakonan begitu dengan gaya begitu? Matlamat tidak menghalalkan cara,” katanya.

Syed tidak menafikan tindakan menegur secara terbuka sudah membuka aib orang, sengaja menaikkan jumlah pengikut dan melariskan produknya adalah betul.

“Maafkan saya kerana teguran itu agak sarkastik. Saya harap ia difahami ramai. Kita semua satu akidah dan kita sayang saudara seislam,” katanya.

Hmetro, HMTPress

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*