Ini Respon Ringkas Dan Padu Zahid Hamidi Bila Dapat Tahu Muhyiddin Mohd Yassin Dilantik Menjadi Perdana Menteri Ke 8

“MISI saya berjaya dan selesai,”

itu jawapan ringkas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memperincikan misi berkenaan.

Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, beliau akan mengangkat sumpah 10.30 pagi esok di Istana Negara.

“ Istana Negara hari ini sudah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“ Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Teka Teki Berakhir, Muhyiddin Mohd Yassin Dilantik Menjadi Perdana Menteri Ke 8. Ini Sebab Kenapa Beliau Dipilih

Sejak dari minggu lepas drama siapakah akan menjadi Perdana Menteri ke 8 menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Keadaan politik selama seminggu seperti kucar kacir sebentar.

Bermacam macam spekulasi tentang siapa yang layak memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke 8 Malaysia. Sebelum ini dikatakan Dato Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dinaikkan menjadi Perdana Menteri mengikut perjanjian yang telah dibuat dahulu.

Hari ini segala persoalan terjawab apabila salah sebuah media berita (Berita Harian) mengeluarkan satu artikel memberitahu siapa kah yang menjadi Perdana Menteri ke 8.

Muhyiddin dilantik PM ke-8

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok.

Diperkenan oleh Agong

“ Istana Negara hari ini menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“ Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

“ Selepas mendapat representasi semua, pada hebat Seri Padu, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiadddin (Muhyiddin) Md Yassin,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber bharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*