Akhirnya Syifa Melvin Buka Mulut, Terpaksa Jelaskan Segalanya Bila Kena Tuduh Punca Safawi Rasid Tak ‘Perform’

Pelakon Syifa Melvin akhirnya bersuara mempertahankan diri selepas tular mengenai dirinya dikaitkan dengan status di Insta Story Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), hari ini.

Syifa menerusi muat naik terkini di Instagram (IG)nya berkata prestasi merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tidak ada kaitan dengan dirinya.

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu turut menegaskan tidak pernah campur tangan dalam hal melibatkan kerjaya Safawi.

TAK PERFORM MAIN BOLA, APA KENA MENGENA?

“ Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.

“ Tak tau pulak boleh jadi besar macam ni. Terima Kasih kepada yang komen maki, hina atau puji… Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua,” tulisnya.

CARI DUIT SENDIRI BUKAN MINTA DUIT ORANG

Selain itu Syifa turut menjelaskan dia bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan menampung dirinya sendiri.

“ Saya bekerja siang malam cari duit sendiri, tidur tak cukup apatah lagi rehat…Tak cukup hanya untuk nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri.

“ Tak pernah sekali mintak duit “dia” untuk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana”, katanya.

PAKSA SAFAWI KAHWIN ADALAH TIDAK BENAR

Pelakon #SisCuba ini turut menafikan dakwaan memaksa Safawi berkahwin dengannya pada tahun ini.

“ Part paksa kahwin, demi Allah tak pernah sesekali…Tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu”, ujarnya.

Terdahulu, pemilik JDT, TMJ, memuat naik posting mengenai kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu, Safawi Rasid, disebabkan tekanan daripada kekasih termasuk memaksanya untuk berkahwin.

Walaupun tidak menyebut siapakah wanita itu namun umum mengetahui bintang bola sepak muda itu sedang bercinta dengan seorang pelakon.

Malah, sebaris ayat dengan tanda tanya iaitu ‘Understand S M?’ daripada Tunku Ismail membolehkan khalayak mengagak ia ditujukan kepada Syifa Melvin yang sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan Safawi.

Menerusi Instastory TMJ turut mendakwa desakkan Syifa membuatkan pemain skuad Harimau Malaya itu hilang fokus sehingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.

Tunku Ismail memberi amaran kepada Safawi untuk mempertingkatkan prestasinya dengan segera atau berkemungkinan akan disingkirkan daripada pasukan.

“ Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh boyfriend kahwin fasal takut terlepas. Boyfriend kaya dan popular. Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu.

” Patut makin hancur prestasi budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang. Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab.

“ Kalau kepala dah tak boleh fokus fasal asyik kena tekanan setiap hari dipaksa kahwin, semoga berjaya. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki, ada manusia bawa S***,” tulisnya.

Sebelum ini, netizen mula menghidu hubungan Safawi dan Syifa apabila mereka berkongsi foto berseorangan di Zoo Negara pada hari yang sama di Instagram masing-masing pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, aksi merudum Safawi ketika ini nyata tidak disenangi oleh Tunku Ismail yang mendakwa pemain kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa berkahwin dengan Syifa.

Malah, Tunku Ismail turut mendedahkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*