Jemaah Menteri Muhyiddin Tidak Membantu Rakyat, Kata Kanda Mujahid Yusof

Selangor, Malaysia: Pembentukan Perikatan Nasional sehingga ke hari ini mendapat reaksi positif sebahagian besar daripada rakyat Malaysia di media sosial. Namun menurut Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengatakan bahawa jemaah menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi membantu rakyat.

Menurut beliau lagi, pembentukan PN juga dikatakan tidak berlandaskan kepada perjuangan menegakkan manifesto membantu rakyat.

Oleh itu, beliau mengatakan bahawa tidak hairan sekiranya ada diantara pemimpin dalam Perikatan Nasional bertelingkah sesama mereka. Sebelum ini menurut Dr Mujahid ada beberapa orang pemimpin tinggi UMNO sudah mula merasakan tidak puas hati dengan pengagihan jawatan Kabinet Kerajaan baharu Perikatan Nasional.

Beliau juga menyifatkan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang hanya ditubuhkan bagi mengulingkan Pakatan Harapan dan menyingkirkan DAP sahaja. Jadi mereka ini (PN) ibarat tidur atas bantal yang sama namun impian dan mimpi mereka adalah lain-lain.

Jadi Mujahid menjangkakan lebih banyak pertikaian dan perselisihan faham akan berlaku pada masa terdekat ini.

“Bagi saya, ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sendiri melihat bagaimana kerajaan dibentuk “sesama orang Melayu” ini akhirnya akan lebih mementingkan habuan yang diterima berbanding mengutamakan kepentingan rakyat” – kata Mujahid

Mujahid berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa orang pemimpin UMNO termasuk Timbalan Presiden parti tersebut menganggap keputusan pengagihan jawatan Kabinet kepada parti itu tidak adil dan hanya membabitkan portfolio kurang penting.

Naib Presiden Amanah ini turut mengatakan bahawa kerajaan PN akan terus menerus bercakaran dan akan berlaku ketidakstabilan sesama mereka.

Namun beliau mengulas pembubaran Parlimen dalam masa terdekat adalah sangat tipis untuk menjadi kenyataan. Akan tetapi mereka (Perikatan Harapan) bersiap sedia dalam apa jua keadaan.

“PH bersiap sedia untuk mendapatkan kembali mandat rakyat kerana kami terbukti bukan sahaja berjaya menstabilkan pentadbiran negara bahkan mengamalkan pengagihan jawatan Kabinet secara sama rata tanpa mengira bilangan kerusi Parlimen dimiliki parti-parti dalam pakatan itu.” – ujarnya lagi

Artikel Asal Dari Kini. Rentas

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*