Mufti Perlis Dedahkan Sesuatu Tentang Jemaah Tabligh Yang Hadir Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling Sehingga Dia Terpaksa Merayu

“ Ada pula yang berkata ‘masjid tempat baik, tiada jngk1tan akan berlaku’.

Ada pula berkata ‘jangan takut virus (COV1D 19) tapi takut Allah’.

Ada pula berkata ‘kalau mati, syahid’ dan pelbagai lagi falsafah yang disalah guna,”

Demikian kata kata Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  menerusi catatan laman Facebook miliknya.

“ Tidak wajar bagi kita menambah beban kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencari saudara-saudara (jemaah tabligh) ke serata tempat untuk diperiksa. Saya difahamkan di Perlis, pihak KKM terpaksa membuat operasi mencari saudara-saudara yang terbabit.

“ Berikanlah kerjasama dan kasihanilah umat Islam yang lain. Bahkan, yang bukan Muslim sekalipun tidak boleh kita membahayakan mereka. Janganlah saudara-saudara hadir ke masjid atau selainnya melainkan saudara-saudara disahkan selamat,” tambahnya.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin maklumkan,  jemaah tabligh di Perlis yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini, masih belum melakukan pemeriksaan dengan alasan penyakit itu daripada Allah SWT dan perlu redha dengan ketentuan.

Beliau hari ini mendedahkan, ada jemaah tabligh negeri itu memberikan pelbagai alasan apabila diminta membuat pemeriksaan kesihatan berikutan penularan jngk1tan COV1D 19 ketika ini.

Justeru, beliau menyeru pihak terbabit agar segera membuat pemeriksaan kesihatan agar penyakit itu tidak berjngk1t dan merebak kepada orang lain.

Rayuan Mufti Perlis Melalui Facebook nya

Merayu Memohon..

Dengan rendah diri menyusun jari saya merayu kepada sahabat-sahabat Tabligh yang dikasihi, di Negeri Perlis, juga di luar Perlis yang terbabit dengan perhimpunan di Sri Petaling baru-baru ini, pergilah membuat pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan yang disediakan. Beberapa pihak memaklumkan kepada saya masih ada yang belum melakukan pemeriksaan. Ada yang memberikan alasan penyakit dari ALLAH, kita perlu redha. Ada pula yang berkata ‘masjid tempat baik, tiada jngk1tan akan berlaku ‘. Ada pula berkata ‘jangan takut virus tapi takut ALLAH’. Ada pula berkata ‘kalau mati syahid’ dan pelbagai lagi falsafah yang disalahgunakan.

Penyakit ini berjangkit. Jika sekadar menimpa seseorang tanpa membabitkan orang lain, maka itu terpulang pada individu tersebut. Ada pendapat fuqaha di situ. Namun, bagi virus yang mudah berjangkit seperti ini, ditambah dengan kehadiran saudara-saudara secara aktif ke masjid dan surau, amatlah salah kerana telah membahayakan masyarakat yang lain. Agama melarang kita membahayakan pihak lain tanpa alasan yang benar.

Tidak wajar untuk kita menambah beban kepada pihak KKM untuk mencari saudara-saudara ke serata tempat untuk diperiksa. Saya difahamkan di Perlis pihak KKM terpaksa buat operasi mencari saudara-saudara yang terbabit. Berikanlah kerjasama dan kasihanilah Umat Islam yang lain. Bahkan bukan muslim sekalipun tidak boleh kita membahayakan mereka. Janganlah saudara-saudara hadir ke masjid atau selainnya melainkan saudara-saudara disahkan selamat.

Saya benar-benar memohon merayu kepada saudara-saudara yang terbabit. Saya percaya saudara-saudara orang yang baik-baik dan ingin mencari redha ALLAH. Niat saudara ingin berjamaah juga baik, tapi tolonglah…

Merayu Memohon..Dengan rendah diri menyusun jari saya merayu kepada sahabat-sahabat Tabligh yang dikasihi, di Negeri…

Posted by DrMAZA.com on Friday, March 13, 2020

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: BERNAMA

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*