
Biarpun sudah lima tahun menetap di Frankfurt, Jerman, usahawan muda dikenali Amir tetap tidak lupa dengan asal usulnya sebagai rakyat Malaysia.
Buktinya, Amir, 25, sentiasa memuat naik video di TikTok bersama tunangnya, Michelle, 23, yang berasal dari Baden Wurttemberg, Jerman berkaitan keistimewaan Malaysia.
Pemuda kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu tidak menyangka perkongsiannya di TikToK mendapat sambutan baik hingga dapat mengumpul 95,500 dalam tempoh lima bulan sejak Ogos lalu.
Penerimaan positif itu mendorong Amir mengaktifkan pula saluran YouTube dikenali Amirchelly Show sejak sebulan lalu di samping menguruskan syarikatnya, AbroadAssist yang bertanggungjawab mengendalikan kemasukan penuntut dalam dan luar negara.
PERBEZAAN budaya tidak menghalang Amir dan Michelle menjalin hubungan, malah Amir turut mengajar tunangnya makan durian serta nasi kandar. FOTO ihsan Amir
Katanya, sejak itu mereka menjalin hubungan sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun lalu dengan restu kedua belah keluarga.
āMengikut perancangan, kami sepatutnya berkahwin pada tahun lalu namun terpaksa menangguhkannya kerana pandemik Covid-19 walaupun sudah mengatur majlis resepsi di kedua-dua negara.
āMemang ada jurang di antara kami pada mulanya kerana perbezaan budaya dan bahasa, tetapi akhirnya dapat menerima satu sama lain dengan seadanya.
āMeskipun Michelle anak kelahiran Jerman, keluarganya pernah menetap di Kazakhstan. Jadi, dia tahu membawa budaya timur seperti memberi salam, tidak memakai kasut di dalam rumah, berpakaian sopan dan ia memudahkannya memahami budaya dan menyesuaikan diri di Malaysia,ā katanya.
Amir berharap perkongsiannya dan Michelle di TikTok mahupun YouTube dapat memberi inspirasi kepada pengikut mereka.
Beliau berkata, mereka hanya mahu menyampaikan mesej positif iaitu perbezaan budaya bukan penghalang untuk bersama pasangan.
āDiharap pengikut kami sentiasa bersama keluarga dan insan tercinta walaupun dalam situasi yang mencabar,ā katanya.
PERTAMA KALI MAKAN NASI KANDAR
Tunang amir buat pertama kalinya merasa makanan tradisi Pulau Pinang iaitu Nasi Kandar. Memang tidak disangka suapan pertama nasi kandar masuk ke mulut tunang dia buat dia rasa teruja.
āSEDAP GILERā
Itu la ungkapan tunang Amir ketika menikmati nasi kandar.
Sumber :Ā HMETRO ONLINE
Jangan lupa subscribe channel Youtube mereka..
SUMBER/KREDIT:HMETRO ONLINE VIA AwattsyeikhhNetwork
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply