Jiran Mendedahkan Kenapa Pelajar Wanita Ini Terjun Dari Tingkat Empat Dalam Keadaan Berbogel…

KECEWA teman lelakinya curang, penuntut wanita kolej perubatan warga Sweden terjun dari tingkat empat kondominium, di Georgetown, malam tadi.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun meniinggal duunia di tempat kejadian akibat paarah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siastan awal mendapati wanita terbabit sebelum itu dilihat beberapa penduduk sedang menari dalam keadaan bog3l berhampiran tingkap dalam bilik rumahnya.

“Wanita berkenaan ketika itu dikatakan memasang lagu sedih sambil menari berhampiran tingkap dalam bilik rumahnya.

“Penduduk terbabit mendakwa mereka kemudian melihat wanita itu membuang tong sampah sebelum terjun dari tingkap bilik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Che Zaimani berkata, hasil keterangan daripada rakan baiknya mendapati, wanita berkenaan kecewa kerana teman lelakinya mempunyai kekasih baru sejak dua minggu lalu.

“Selain itu, dia juga didakwa kecewa kerana gagal dalam ujian di kolej dan juga mempunyai sedikit masalah dengan rakan serumah.

“Pemeriksaan mendapati ketika kejadian, rakan serumahnya berada di Subang, Selangor,” katanya.

Menurutnya, pintu rumah terbabit dalam keadaan berkunci dan sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membuka pintu bagi memudahkan pemeriksaan dilakukan polis.

“Kita dapati keadaan rumah kemas dan hanya bilik si mati berselerak dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Maayat wanita itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk b3dah siasat,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*