Jenazah Ayah Aliff Syukri Selamat Dikebumikan, Dan Disinilah Tempat Arwah Dikebumikan

SABAK BERNAM – Jenaazah bapa kepada usahawan produk kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23,Sungai Nibong, di sini, pagi tadi.

Jenaazah Kamaruzaman Kamaludin, 59, dikebuumikan pukul 10.30 pagi selepas disolatkan setengah jam sebelum itu di Masjid Makmuniah, Simpang Lima di sini.

Seramai 300 waris terdekat, sanak-saudara, kenalan hadir pada pengebuumian jenaazah itu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang semalam di Thomson Hospital, Kota Damansara di sini.

Allahyarham meniinggal duunia akibat komplikasi jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia

Yang hidup pasti kembali. Dari-Nya kita datang, dari-Nya juga kita kembali. Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada bapa usahawan terkenal Dato Aliff Syukri yang telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Menerusi update terbaru di akaun Instagram miliknya, ayah Aliff Syukri meniinggal duunia kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair.

‘Abah orang kuat yang mendengar segala masalah saya…’ – Bapa Aliff Syukri meniinggal

'Abah orang kuat yang mendengar segala masalah saya...' - Bapa Aliff Syukri meninggal dunia
Aliff melawat bapanya yang sedang bertarung nyawa di hospital kerana mengalami serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair. – Astro GEMPAK

BAPA kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meniinggal duunia malam tadi.

Berita itu disahkan sendiri oleh setiausahanya menerusi akaun Instagram (IG) milik Aliff.

Soalat jenaazah akan berlangsung di Masjid Makmuniah Sg Nipah, Sg Besar, Selangor pada jam 10.00 pagi ini.

Menerusi kemaskini terbaharu Aliff lewat malam tadi, pengasas kosmetik itu akui bagai tidak percaya dia atas pemergian bapanya itu

Aliff juga bersedih kerana banyak pengorbanan yang dilakukan bapanya dahulu sehingga kini tidak terbalas.

“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. saya seakan tak percaya abah tak ada lagi…

“Selama 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman setiap minggu…..abah lah org kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini…bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4 tahun…

“Abah jangan tinggalkan kri (syukri) .. abahlahh tempat kri mengadu susah senang…. ….kri tak sempat nak balas budi abah…….tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya…dengan kerja kilang, pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni… kasih sayang abah…..sokongan abah kri tak terbalas..,” tulisnya.

Aliff berkongsi luahan rasanya itu di akaun IGnya.

Sementara itu, Aliff turut mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama ke majlis urusan jenaazah bapanya pagi ini.

Terdahulu, Aliff menerusi IGnya telah melawat bapanya di hospital yang sedang bertarung nyawa kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*