Baru Kena Panggil Stesen TV, Dia BuatHal Lagi. Apa Yang PDRM Lakukan PastiBuat KakLong Terdiam

Bagai tiada kesudahan. Begitulah kisahnya mengenai Kak Long atau Wan Nor Baizura yang yang pernah tular gara-gara k.es 4mukan di kedai serbaneka 7Eleven dan restoran makanan segera KFC, baru-baru ini.

Pada Isnin pula, wanita berusia 34 tahun itu teruk dik.ecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah.

Belum reda i.su itu, tular pula rakaman video yang memaparkan Kak Long sedang melakonkan gaya t.empang dan h.erot, persis Orang Kelainan Upaya OKU.

Ti.ndakan itu ternyata tidak disenangi netizen yang mana Kak Long dianggap menghi.na golongan c.acat, malah dia didesak agar melakukan permohonan maaf segera.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook, Kak Long menafikan d.akwaan itu dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya.

“Demi Allah saya tidak pers.endakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat? Saya tak hi.na OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Kenapa selalu cari silap saya?.

“Demi Allah saya tak ada niat nak hi.na OKU. Saya akui saya buat live gurau-gurau saja. Tapi benda tu buat ramai terasa. Saya minta maaf lagi sekali. Demi Allah saya tiada niat nak h.ina OKU,” tulisnya.

Ketika dihubungi pada Rabu pagi, ibu kepada dua cahaya mata itu sekali lagi menafikan d.akwaan tersebut dan menganggap ia sebagai cubaan untuk memb.urukkan namanya.

“Video terbaharu saya vi.ral, orang kata saya h.ina OKU. Dalam video itu saya tak sebut atau kata sesiapa pun OKU. Saya tak h.ina, saya cuma berjalan macam tu dalam video live.

“Bila orang tak suka saya, segala benda mereka akan cari salah. Saya buat siaran live FB itu ketika pulang rakaman di TV Al Hijrah. Pada waktu itu, ada orang komen, kata saya ni lapar fa.mous.

“Jadi saya buat gaya berjalan macam tu. Saya tak sebut OKU sekian-sekian. Saya tak buat untuk OKU. Tapi orang salah faham. Kenapa nak ambil t.indakan? Sedangkan saya tak h.ina OKU. Saya tak sebut nama OKU,” ujarnya.

Menurut Kak Long, dia penat berdepan i.su demi is.u, malah setiap tindak-tanduknya di media sosial menjadi perhatian netizen yang mahu mencari kesa.lahan dan menjatuhkannya.

“Niat saya, hanya Allah saja yang tahu. Saya tak kata OKU dan tak sebut OKU. Sekarang bila buat live FB, orang akan rakam video live saya. Orang tunggu masa saja. Saya terlalu penat nak layan. Saya nak fokus hidup dan berniaga. Saya malas nak fikir.

“Saya buat live sekadar happy, untuk hiburkan diri. Pesanan saya kepada yang sebar video saya, saya tak akan maafkan awak. Sesiapa yang edit video saya, pun saya tak maafkan.

“Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka h.ina OKU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?” ujar Kak Long lagi.

Dalam pada itu, Kak Long yang berada di ibu negara sejak Ahad lalu demi memenuhi jemputan TV Al Hijrah baru sahaja tiba di Dungun, Terengganu sekitar jam 4 pagi Rabu.

Biarpun sudah membuat rakaman, TV Al Hijrah pada Selasa mengumumkan penangguhan siaran rancangan tersebut.

Selain pihak produksi dan Kak Long, Pencetus Ummah PU Amin selaku pengacara turut dike.cam te.ruk oleh netizen.

Laporan Polis Telah Dibuat

Seorang jurutera mekanikal membuat laporan polis berhubung t.indakan seorang wanita merakam video membuat mimik muka seolah-olah memperl.ekehkan orang kurang upaya OKU.

Pengadu, Khairull Hafiz Ismail, 42, berkata, dia melihat video itu ketika berada di rumahnya di Taman Puchong Utama, Puchong, di sini, pada 11.30 malam tadi.

“Beberapa bulan lalu, Senator Ras Adiba Radzi ada membuat laporan polis terhadap dua individu yang mengh.ina OKU, namun masih ada segelintir individu tidak mengendahkan perkara ini.

“Sebagai individu tergolong dalam kumpulan OKU, saya merasa tidak puas hati dengan ti.ndakan wanita itu kerana ia adalah satu penghi.naan kepada OKU.

“Disebabkan itu, saya membuat laporan polis sebagai satu peringatan kepada kita semua supaya saling menghormati dan tidak mengh.ina bukan sahaja terhadap golongan OKU, tetapi antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.

“Kami menerima laporan daripada pengadu yang terkesan dengan satu hantaran video dimuat naik pemilik akaun Facebook bernama Hafiz Shukri berkaitan seorang wanita, Wan Noor Baizura atau dikenali sebagai Kak Long Dungun.

“Dalam video itu, wanita terbabit membuat mimik muka serta berperwatakan seperti OKU seolah-olah memperl.ekehkan golongan berkenaan.

“Menurut pengadu yang juga OKU fi.zikal, dia tidak berpuas hati dengan hantaran berkenaan dan membuat laporan polis untuk rujukan pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abd Khalid berkata, pihaknya sedang menjalankan s.iasatan berhubung perkara itu untuk meneliti dengan lebih terperinci.

Beliau berkata, setakat ini, tiada ucapan menghi.na dibuat wanita terbabit, cuma mimik muka sahaja dan semakan akan dilakukan di semua daerah sekiranya terdapat laporan sama diterima.

Sumber/Kredit: Mstar/HM via OM

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*