Kakak Kepada Ustazah Yang Hilang Secara Tiba-tiba Dari 14 Januari Dedahkan Kisah Tentang Adik Dia. Solat Hajat Juga Telah Dilakukan…

Guru berusia 27 dari Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau, tidak pulang ke rumah keluarganya sejak semalam, dipercayai hilang tanpa dikesan.

Menurut Muhammad Naim Mahayadin, 29, berkata, isterinya, Nur Farhana Haji Ibrahim, dihantar ke Tol Alor Setar pada jam 5.45 pagi Isnin, untuk pergi bekerja dengan menaiki kereta kawannya sebelum dihantar ke Tol Sungai Dua untuk mengambil keretanya.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, Muhammad Naim ada cuba menghubungi isterinya pada jam 4.30 petang, namun panggilannya itu tidak dijawab.

Apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang mendapati, telefon bimbit isterinya berada di atas almari bilik.

“Saya ada menghubungi kawan-kawan isteri dan bertanya tentang isteri saya. Namun mereka juga tidak tahu di mana isteri saya berada. Cuma mereka beritahu hanya kereta milik isteri sahaja yang ada ditinggalkan di luar kawasan sekolah.

“Setahu saya, hubungan saya dan isteri tiada apa-apa masalah rumah tangga setakat hari ini,” katanya.

Difahamkan, Nur Farhana pernah menerima rawatan psikiatri (kemurungan) di Kedah Medical Centre, Alor Setar. Kakak Dedahkan Kisah Silam

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak Nur Farhana, diminta menghubungi tiga nombor berikut: 0111-0649948, 019-4589948 atau 0111-0769948.

Mohon pertolongan. Puan NUR FARHANA BT HJ IBRAHIM. Berumur 27 thn. Seorang ustazah, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. 
Beliau mempunyai sejarah stress disorder dan pernah pengsan akibat stress. 😥😥

Beliau last dikesan pada pukul 1 petang semalam di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau tempat dia mengajar. Lepas tu terus hilang gagal dikesan. Tolong bantu Kesan di mana beliau berada😭.. SHARE naa..

Hubungi nombor :
0111 0649948/019 4589948 (abang- shauki) 01110769948 ( kakak-madihah)

Lutfiah Ibrahim Terima kasih admin. Sy kakak kepada Puan Nur Farhana..mohon semua panjatkan doa dan solat hajat utk adik sy..mana tahu diantara doa2 kalian Allah akan pilih dan menjadi asbab adik kami kembali ke pangkuan keluarga. Allahu akbar..ni adik yg paling
manja dgn sy😭😭😭😭 Ya Allah, makbulkan lah doa2 kami ya Allah..amennn

Muhammad Tarmizi Terima kasih kepada admin.

Saya adik kepada nur farhana.. Setakat la ni mmg x dapat apa2 berita.. Mohon semua doa kan lagi.. Kami skrg masih berada di sekolah beliau dan trus mncari.. Hrp kami bleh jmpa beliau dlm keadaan yg baik.. Amin

Rina Shereena Kalau baca report tu..cikgu ni dr alor setar pg ke balik pulau, p.pinang kan? Jauhnya dia mengajar..ya Allah..kesian betul..sy phm perasaan berulang dr rumah ke tmpt keja yg sgt jauh..sbb sy pun pernah alami..tp x la sejauh cikgu ni..semoga dia dijumpai selamat dan urusan dipermudahkan..

Zln Intan pihak kementerian pendidikan perlu kaji sedalam dalam dan ambl tindakan utk elakkan mslh sebegini…..point di sini sy nmpk adlh tekanan ….guru besar atau pegetua jg perlu ambil action jika jarak staff bekerja yg membebankan…
KPM perlu buat perubahan…..Hidup ni hanya sekali so jgn beri tekanan pd manusia……

Update terbaru..

Trima kasih yg mndoakan kakak saya.. Mohon jgn brenti berdoa.. Sya akan updte dri semasa ke semasa..

Image may contain: text

Sumber : Penang Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*