Dikatakan Ajar KakLong Jadi Tak Bradab Untk Promosi Brang, AbangIni Berltahu Cerlta Sebenar

Selepas tular kisah a.mukan di kedai serbaneka 7Eleven baru-baru ini, nama Kak Long atau Wan Nor Baizura bagaikan tidak pernah sepi dengan k.ontroversi.

Selain wanita berusia 34 tahun itu, individu terdekat dengannya seperti anak-anak, suami dan ahli keluarga turut dike.cam teruk oleh netizen.

Tidak terkecuali tentunya seorang usahawan dari Terengganu, Hafiz Rani, 28, yang dit.uduh mengajar Kak Long melakukan pelbagai k.ontroversi demi tujuan pemasaran dan pengiklanan.

Ia susulan satu posting Facebook yang memaparkan pertemuan Kak Long dengannya bagi mempelajari teknik pengiklanan Facebook dan TikTok.

Sejak Kecil Kenal

Ketika dihubungi, dia yang senang disapa Hafiz ada jawapan tersendiri dan menafikan sekeras-kerasnya d.akwaan yang dilemparkan netizen.

“Saya memang belajar bidang bisnes, ada ijazah dalam bidang ini dan sudah lama buat produk sendiri. Sejak 2019, saya ajar orang ramai mengenai aspek teknikal Facebook A.ds, Instagram A.ds, TikTok A.ds, buat w.ebsite dan l.anding p.age.

“Saya tak ajar seminar air mata. Saya ada dalam 4,000 pelajar. Tak pernah ajar orang buat live, saya hanya ajar buat a.ds. Netizen sangka saya ajar Kak Long menga.muk itu ini,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Hafiz mende.dahkan dia sudah mengenali Kak Long sekeluarga sejak kecil lagi.

Jelas Hafiz, keluarga dia dan Kak Long sama-sama mencari rezeki sebagai peniaga pasar malam di Dungun.

“Mak saya dan sebahagian besar keluarga saya berniaga pasar malam di Dungun. Mak Kak Long pun berniaga pasar malam. Dah kenal lama sejak kecil lagi.

“Jadi bila dia v.iral hari tu, saya rasa kesian. Memang dia sa.lah, tak patut buat live dalam 7Eleven tinggikan suara macam tu.

“Tapi saya ada ilmu sikit. Saya kata, buat live jualan tak dapat banyak. Kalau nak jualan banyak dan konsisten, kena buat a.ds. Jadi saya ajar dia buat Facebook dan TikTok A.ds.

“Saya tak ajar dia k.ecam Orang Kelainan Upaya OKU atau pergi meng.amuk. Saya tak ajar semua tu,” ujarnya lagi.

Kata Hafiz lagi, dia tahu perbuatan Kak Long tempoh hari bukanlah satu perkara yang wajar dilakukan, namun dia berharap netizen mengerti sejarah kehidupan yang dilalui wanita itu.

“Faktor sekeliling termasuk didikan keluarga turut jadi punca. Mak ayah dia jual pasar malam, dari kecil habis sekolah terus pergi pasar malam. Memang kurang didikan.

“Kita yang didikan sempurna patut bersyukur, balik sekolah boleh mengaji, belajar dan sebagainya. Mereka tak patut h.ina orang kurang didikan macam kami anak pasar malam.

“Kita patut bagi peluang. Sudah tentu Kak Long tak terlepas buat kesilapan lagi. Tapi sampai bila nak ke.cam? Bagilah peluang dia berubah. Takkan dia tak boleh berubah?.

“Bukan dia pilih jadi begitu. Tapi faktor sekeliling dan sosial buat dia jadi begitu. Jangan k.ecam orang, bagi nasihat baik-baik,” ujarnya lagi.

Menurut Hafiz, tempias kec.aman yang diterima turut memberi kesan terhadap keluarganya.

“Ini kali pertama saya dik.ecam teruk. Bukan saya saja, tapi ada netizen hi.na mak ayah saya. Sampai mak ayah saya pun salah. Ada orang hantar mesej h.ina mak ayah saya.

“Saya bagi nombor telefon ajak jumpa, orang tu senyap pula,” ujarnya lagi.

Sumber/Kredit: Mstar via 0nlinemalaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*