Kanak Lelaki Terselamat Dari Tsunami Selat Sunda Mengucapkan Terima Kasih Kepada Vokalis Seventeen. Ini Sebab Kenapa

Budak Lelaki ‘Diselamatkan’ Gitar Seventeen

GITAR milik kumpulan pop rock terkemuka Indonesia, ‘Seventeen’ antara barang yang digunakan oleh mangsa tsuu namii, Akhmad Khowarizmi atau Azmi, 10, untuk menyelamatkan diri dari gelombang tsuu namii yang melanda pantai Carita.

Image result for gitar seventeen

Menerusi portal Liputan 6, Azmi bersama keluarganya menyaksikan persembahan kumpulan itu di kawasan pelancongan tersebut.

Menurut datuknya, Ashari, 64, keluarga itu berada di hadapan pentas dan tidak sempat melarikan diri.

“Apabila tsuu namii melanda, mereka tidak sempat lari hingga mengakibatkan anak, menantu, kedua cucu dihanyutkan air,” katanya.

Jelasnya, cucunya terselamat kerana dia mengapai gitar milik kumpulan terbabit untuk dijadikan pelampung.

“Apabila dihanyutkan gelombang, cucu saya sempat mengapai gitar itu untuk membuatkan dia terapung.

Image result for tsunami sunda
Keadaan di Anyer selepas dibadai tsuu nami.

“Cucu perempuan, Farzana Arfa Fahira atau Arfa, 7, juga terselamat kerana dilindungi oleh permaidani pentas,” katanya.

Begitu juga dengan menantunya, Akhmad Diyak, berjaya menjadikan dahan pokok sebagai pelampung.

Namun anak perempuan tunggalnya terkorbann, Ninil Ukhita Anggra Wardani dan ditemui pada 23 Disember di sekitar Tanjung Lesung.

Meskipun sedih kehilangan anaknya, Ashari perlu cekal agar cucunya juga kuat untuk meneruskan sisa hidup tanpa ibunya.

“Apbila mereka bersama saya, mereka tenang, tetapi ketika mereka bersendirian, kadang-kadang mereka menangis. Biasanya cucu akan memeluk ibu mereka ketika pulang dari kerja tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Pemergian Ninil, 38, yang terkorbann dalam tsuu namii Selat Sunda meninggalkan seribu kesedihan mendalam buat keluarga itu.

Ninil selamat dikebuu mikan di Tanah Perkuburan Kalirejo, Bangil, Pasuruan pada malam 24 Disember lalu.

Sumber: Geng Joyah

Tsuu nami: Angka terkini kor ban cecah 281 orang

JAKARTA – Jumlah mgsa yang terk0rban dalam kejadian tsuu nami di S3lat Sunda terus meningkat kepada 281 orang.

Berdasarkan data sementara yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bncana Indonesia (BNPB), setakat tengahari ini, sebanyak 281 orang meniinggal dunia, 1,016 orang cedera dan 57 orang dilaporkan hilang.

tsunami selat sunda
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata,seramai 11,687 orang penduduk di kawasan terbabit juga ditempatkan di pusat pusat pemindahan sementara.

“Jumlah mangsa terk0r ban dan kerosakan harta benda dikhuatiri terus meningkat berikutan pasukan mencari dan menyelamat kini mula memasuki kawasan kawasan yang terjejas teruk akibat tsuu nami itu,” katanya.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan berkata, tsunami yang berlaku pukul 9.27 malam Sabtu itu disebabkan berlakunya gelombang kuat di perairan Selat Sunda dan berlakunya letusan di Gunung Anak Krakatau.

BMKG masih melakukan penyelidikan terperinci sebab berlakunya tsunami itu.

Tsunami itu berlaku akibat pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan gunung Anak Krakatau dan berlaku gombang air pasang serta gelombang kuat dan kombinasi itu menyebabkan berlakunya tsunami secara tiba tiba.

Sumber- Bernama via celoteh saje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*