Kata Kata Terakhir George Bush Didedahkan Sebelum Dia Meniinggal

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dilaporkan meniinggal dunia pada usia 94 tahun, menurut pengumuman keluarganya.

“Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan dukacita mengumumkan bahawa selepas mengharungi 94 tahun yang luar biasa, ayah kami sudah meniinggal dunia,” kata anaknya, bekas presiden George W. Bush dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Twitter oleh jurucakap keluarganya.

“George H.W Bush ialah seorang lelaki yang mempunyai watak dikagumi selain seorang ayah terbaik kepada anak lelaki dan perempuan,” katanya

Kawan lama dedah ungkapan terakhir Presiden AS H.W Bush sebelum meniinggal dunia

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) George Herbert Walker Bush dilaporkan tidak bermaya beberapa hari sebelum dia meniinggal dunia.

Dia tidak bangun dari tempat tidur, dia berhenti makan dan banyak menghabiskan masanya dengan tidur.

Rakan lamanya dan bekas setiausaha negara, James A. Baker III, tiba di kediamannya di Houston pada pagi Jumaat untuk membuat pemeriksaan.

Ketika itu Bush tiba-tiba nampak sihat, matanya terbuka luas.

“Ke mana kita akan pergi, Bake?,” dia bertanya.

“Kita akan ke syurga,” jawab Baker.

“Ke situlah saya mahu pergi,” kata Bush.

Hampir 13 jam kemudian, Bush meniinggal dunia.

Presiden AS ke-41 itu meniinggal di rumahnya di sebuah komuniti berpagar di Houston, dikelilingi beberapa rakan dan ahli keluarganya.

Ketika lewat malam Jumaat, anaknya George W.Bush diletakkan dihubungi untuk mengucapkan selamat tinggal melalui speaker telefon.

Dia sempat memberitahu Bush bahawa dia telah menjadi ‘seorang bapa yang hebat’ dan dia amat mengasihinya.

“I love you too (saya juga sayang kamu),” kata Bush kepada anaknya.

Itu adalah perkataan terakhirnya. –NYTimes

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*