Punca Sebenar TMJ Begitu Bencl Dan Katakan Syed Saddiq ‘fake’ Didedahkan

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan pernah menegur bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam Insta Story miliknya.

Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi respon di dalam ruangan soal jawab di Insta Story apabila ditanya soalan berkaitan ahli parlimen Muar itu.

Ahli politik harus jadi hamba

Menerusi Insta Story milik TMJ, baginda telah membuka ruangan soal jawab kepada pengikutnya di laman Instagram. Pelbagai persoalan diajukan kepada baginda dan semuanya mendapat respon baik daripada baginda sendiri. Malah, TMJ juga dilihat lantang mengeluarkan kenyataan bahawa ahli politik seharusnya menjadi hamba kepada rakyat ketika musim pandemik ini.

Lelaki perlu ada prinsip

Diajukan soalan mengapa membenci YB parlimen Muar, TMJ secara spontan menjawab kerana dia berpura-pura (fake). Tambah baginda lagi, seorang lelaki seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukan sekadar berpura-pura di media sosial seperti lalang ditiup angin.

Ada agenda jahat

Malah ketika soalan lain yang bertanyakan mengenai pandangannya terhadap Parti MUDA pimpinan Syed Saddiq, baginda menjawab ianya bahaya jika disalahgunakan oleh individu-individu yang mempunyai agenda jahat dan kepentingan peribadi. Walaupun tidak dinyatakan nama ahli tersebut, namun rata-rata netizen tahu ahli politik yang dimaksudkan.

SUMBER/KREDIT:hrhcrownprinceofjohor Via awatttsyeikhhnetwork

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*