Bapa Terus Menangis Bila Jumpa. Ini Kata-Kata Rayhan Kabir Sebaik Saja Pulang ke Kampung

Air mata kegembiraan menyambut kepulangan wrga BngIadesh, Md Rayhan Kabir di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka pagi ini setelah lama berpisah dengan orang tersayang.

Siapa sangka ianya berakhir dengan penangkapan Md Rayhan dan selepas tiga minggu dalam tahanan Jabatan lmigresen Malaysia (JIM).

Akhbar BngIadesh, The Daily Star melaporkan bahawa ayah Rayhan, Shah AlIam, berada di lapangan terbang untuk menunggu anaknya.

Md Rayhan dijadualkan tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi setelah dihantar pulang tanpa pendkwaan susulan kenyataannya dalam dokumentari kntroversial Al-Jazeera.

” Kami dengan sabar menunggu anak kami pulang kepada kami. Dia ada di sini sekarang.

” Kami ada peluang untuk menyambut hari lebaran bersama-sama nanti” kata Shah.

Kata-kata Rayhan

The Daily Star turut melaporkan suasana penuh emosi antara Md Rayhan dan bapanya, beberapa ketika sebelum mereka pulang ke kampung di Narayanganj, Dhaka.

” Saya tidak dapat menjelaskan kegembiraan ini. Sudah berapa kali saya datang dan pergi dalam tempoh enam tahun terakhir. Tapi perasaan kali ini sangat berbeza,” kata Rayhan.

” BngIadesh saya, tanah air saya, ibu saya, ibu bapa saya… Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini kepada siapa pun.

” Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang berada di sisi, ketika saya di dalam dan luar negara,” kata Rayhan

Terdahulu Rayhan yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dibuat dalam dokumentari 101 Timur Al Jazeera “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

Rayhan sebelum ini mengatakan apa yang dia nyatakan dalam wawancara itu adalah berdasarkan pemerhatian peribadi dan ini bukan kerana terganggu oleh pengalaman peribadinya sendiri yang terkurung di Malaysia.

” Saya tidak mahu mengubah diri saya. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi apa yang terbaik kepada orang lain,” katanya.

Disenarai hitam, bermakna Rayhan Kabir tidak dapat lagi memasuki Malaysia

Malam tadi, berakhir sudah kisah  Md Rayhan Kabir yang datang mencari rezeki di Malaysia namun akhirnya dihantar pulang ke negara asalnya oleh pihak berkuasa.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum itu berkata Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Menaiki penerbangan MH 0196 ke Dhaka, BngIadesh pada 11 malam tadi, Md Rayhan dilihat tiba di KLIA menaiki van Jabatan Imigresen (JIM) pada 9 malam diiringi lapan pegawai jabatan berkenaan dan tangannya bergari.

Malah Md Rayhan Kabir dilihat sempat melambaikan tangannya kepada pengamal media sebelum keluar dari negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Pihak Imigresen juga mengatakan, Md Rayhan akan akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini serta pas lawatan kerjanya juga akan ditamatkan.

Rayhan sebelum itu juga sudah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menjelaskan beliau tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*